Harian Metro

Pelanggan CJ WOW SHOP naik 3 kali ganda

-

Kuala Lumpur: CJ WOW SHOP memulakan hari pertama kempen ulang tahun 2 Tahun, Lebih WOW! dengan mencatatka­n peningkata­n pelanggan tiga kali ganda melebihi purata harian.

Dalam masa kurang 24 jam, pelanggan membeli pelbagai barangan termasuk produk rumah, elektrik, alat elektronik, kecantikan dan fesyen.

Sambutan hangat diterima membuatkan saluran membeli-belah di rumah ini berjaya menggandak­an perolehan hari pertama berbanding jualan ulang tahun pertama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP, Kim Yang Hyun berkata, pencapaian itu adalah satu permulaan hebat untuk sambutan ulang tahun syarikat.

“Kami berharap lebih ramai pelanggan dapat menikmati ganjaran dan produk menarik yang ditawarkan. Selain peluang untuk menghargai pelanggan yang menyokong kami sejak mula, April akan menjadi bulan untuk tawaran dan promosi menarik CJ WOW SHOP,” katanya di sini, semalam.

Saluran membeli-belah di rumah ini turut menerima pelanggan pertama, Lee Yan Hong, 61, yang membuat panggilan untuk memesan Periuk Tekanan Pintar Mugen dalam masa 10 minit pertama Rancangan Secara Langsung Tanpa Henti 10 Jam pada 1 April lalu.

“Saya menjadi pelanggan CJ WOW SHOP sejak tahun lalu. Pengalaman membeli-belah melalui saluran ini memudahkan dan harganya berpatutan. Saya sentiasa menemui sesuatu yang berguna untuk dibeli. Itulah sebabnya sejak awal lagi membuat panggilan,” katanya.

Beg WOW turut diberikan sebagai hadiah istimewa bagi setiap pembelian yang dibuat sepanjang bulan ini.

Beg mesra alam ini adalah hasil kerjasama istimewa antara CJ WOW SHOP dan Yana Samsudin, selebriti tempatan dan duta ulang tahun kali ini.

Sambutan 2 Tahun, Lebih WOW akan berlangsun­g sepanjang April dan pelanggan akan dapat menikmati lima peratus mata ganjaran.

 ??  ?? KIM (dua dari kiri) bersama duta CJ WOW SHOP, Yana Samsudin dan pengacara.
KIM (dua dari kiri) bersama duta CJ WOW SHOP, Yana Samsudin dan pengacara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia