Harian Metro

BERDENDAM DENGAN YOUTUBE

- Agensi

 Wanita tembak tiga orang sebelum bunuh diri berang video dimuat naik ditapis

Tapisan terhadap video dimuat naik di YouTube serta tidak lagi menerima bayaran dipercayai menjadi punca wanita menembak tiga orang sebelum membunuh dirinya di ibu pejabat YouTube di sini, semalam.

Menurut laporan Daily Mail, berdasarka­n status terbaru di media sosial, Nasim Aghdam, 39, menganggap YouTube yang dimiliki Google sebagai diktator.

Seorang lelaki dan dua wanita cedera akibat ditembak wanita menggunaka­n pistol selepas dia merempuh masuk ibu pejabat YouTube di San Bruno.

Aktivis hak asasi haiwan dan ‘ahli bina badan vegan’ berkenaan adalah selebriti YouTube melalui videonya selain mempunyai beberapa laman media sosial.

Dalam satu video pada Januari 2017, Nasim berang videonya ditapis dan mendakwa pengikutny­a di YouTube yang sebelum ini lebih 5,000 pengikut, semakin kurang akibat tapisan itu.

Bapanya Ismail Aghdam berkata, Nasim mengadu YouTube sudah berhenti ‘membayarny­a’ untuk video yang dimuat naiknya.

Pencipta video YouTube boleh mendapat wang hasil iklan, namun apabila tiada iklan di laman mereka di YouTube, tiadalah bayaran itu.

Menurutnya, dia memberitah­u polis anak perempuann­ya bencikan YouTube dan mungkin akan ke ibu pejabatnya.

Malah, Ismail melaporkan Nasim hilang selepas tidak menjawab telefon selama dua hari sebelum dikesan polis pada jam 2 pagi, Selasa lalu (waktu tempatan) tidur dalam keretanya.

AFP melaporkan, Nasim memasuki kampus YouTube dan melepaskan tembakan terhadap kakitangan syarikat secara rambang.

Laman media sosial dan YouTube Nasim dipadam beberapa jam selepas kejadian tembakan itu.

Polis tidak mendedahka­n butiran lanjut mengenai motif kejadian, tetapi pegawai keselamata­n kerajaan Amerika Syarikat mengesahka­n ia tiada kaitan dengan keganasan.

 ??  ?? NASIM (kiri) meluahkan kemarahan terhadap YouTube yang didakwanya diktator. - Agensi
NASIM (kiri) meluahkan kemarahan terhadap YouTube yang didakwanya diktator. - Agensi
 ??  ?? ANGGOTA polis bergegas ke tempat kejadian. - Agensi
ANGGOTA polis bergegas ke tempat kejadian. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia