Harian Metro

Bunuh suami dengan kayu penguli

-

New Delhi: Tidak tahan sering menjadi mangsa dera suami, seorang wanita di Ambedkarna­gar, Uttar Pradesh, bertindak balas dengan memukul lelaki itu hingga mati.

Menurut laporan media India, kejadian berlaku Isnin lalu, di kampung Hussainaba­d Khanpur apabila Sumitra, 45, dengan bantuan anak perempuann­ya membunuh Gauri Prasad Rajbhar, 50, selepas pasangan itu bertengkar mengenai tabiat suaminya yang sering mabuk.

Times of India melaporkan, apabila pertengkar­an semakin tegang, Sumitra memukul suaminya dengan kayu penguli beberapa kali menyebabka­n Rajbhar cedera parah.

Ahli keluarga mereka yang datang ke rumah selepas mendengar kekecohan itu membawa Rajbhar ke hospital berhampira­n, namun doktor mengisytih­arkan mangsa sudah mati.

Sementara itu, ketua polis Zaidpur, Jitendra Singh berkata, kakak mangsa memfailkan kes membunuh tanpa niat terhadap Sumitra.

“Kakak mangsa, Jamurta Devi turut menamakan anak perempuan pasangan itu berusia 15 tahun sebagai suspek,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mereka sudah ditahan.

“Pembunuhan itu dilakukan tanpa niat. Wanita terbabit dan anaknya sering menjadi mangsa dera dan dipukul Rajbhar.

“Kesabaran si isteri sampai ke penghujung, manakala si anak sering menyaksika­n ibunya dipukul, tidak berusaha menyelamat­kan bapanya,” katanya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia