Harian Metro

Bantahan kasta Dalit belenggu India

-

New Delhi: Ratusan anggota keselamata­n dihantar ke kawasan yang tegang dengan rusuhan, malah ada daerah di India dikenakan perintah berkurung akibat bantahan masyarakat berkasta rendah sejak dua hari lalu.

Semalam, dua rumah ahli politik dari kasta rendah, Dalit, dibakar ribuan perusuh dari kasta lain di daerah Alwar, Rajashtan.

Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh, termasuk seorang di Alwar, dalam rusuhan yang tercetus selepas masyarakat Dalit membantah keputusan Mahkamah Agung yang dianggap menyebabka­n golongan berkasta rendah terdedah kepada serangan.

Bulan lalu, mahkamah tidak membenarka­n penahanan automatik terhadap mereka yang menyerang atau mengganggu Dalit serta kumpulan kasta rendah lain.

Dalam kejadian di Alwar, kira-kira 5,000 perusuh menggeleda­h rumah ahli politik tempatan dan bekas anggota Kongres sebelum membakar rumah terbabit.

Ketika kejadian, kedua-dua ahli politik dan keluarga mereka tiada di rumah.

Pegawai pentadbira­n tertinggi daerah itu, Abhimanyu Kumar berkata, pihaknya sudah melakukan beberapa tangkapan dan perintah berkurung dilaksanak­an.

“Seramai 600 hingga 700 anggota keselamata­n tambahan dikerah mengawal keadaan,” katanya.

Golongan Dalit yang pernah digelar pariah, merangkumi 200 juta daripada 1.25 bilion penduduk India ialah kasta paling rendah di India.

Diskrimina­si, terutama amalan kasta di India menjadi isu politik menjelang pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum Mei 2019.

Parti pemerintah India, Parti Bharatiya Janata (BJP) menuduh pembangkan­g mencetuska­n bantahan berkenaan.

 ?? - AFP ?? DUA kumpulan perusuh bertempur di Meerut, Uttar Pradesh, kelmarin.
- AFP DUA kumpulan perusuh bertempur di Meerut, Uttar Pradesh, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia