Harian Metro

Ayuh Gunners!

 Wilshere yakin Arsenal tiada masalah benam CSKA

-

Jack Wilshere percaya Arsenal sudah mempunyai momentum diperlukan untuk pertembung­an Liga Europa menentang CSKA Moscow selepas meraih kemenangan ke atas Stoke.

Kemenangan itu membolehka­n The Gunners meneruskan rentak kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut.

Pierre-Emerick Aubameyang meledak dua gol, Ahad lalu sebelum membantu pemain simpanan, Alexandre Lacazette menyumbat satu lagi gol sekembalin­ya daripada kecederaan bagi menjamin kemenangan 3-0 di Stadium Emirates.

Pemain tengah England itu mengetuai Arsenal untuk meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam semua kejohanan, sekali gus memberi tonik berharga buat barisan Arsene Wenger untuk aksi pertama suku akhir menentang CSKA di London, awal pagi Jumaat ini.

“Kami memerlukan 90 minit itu sepenuhnya,” katanya. “Kami perlu meraih tiga mata, terus berusaha dan memastikan momentum itu berterusan.

“Kami sudah meraih kemenangan berturut-turut dan mahu ia berterusan. Sekarang, kami berdepan perlawanan penting dan kami sudah bersedia.”

Arsenal bagaimanap­un hanya meledak ketiga-tiga gol itu pada 15 minit terakhir.

“Kadangkala ia seperti itu terutama selepas rehat antarabang­sa. Ia memerlukan 45 minit untuk kembali menemui sentuhan,” kata Wilshere.

“Saya fikir pada babak kedua, kami terus mencuba dan tatkala perlawanan berlangsun­g, mereka keletihan, kami mengambil peluang itu dan corak permainan serangan kami melumpuhka­n mereka.”

Ketika Gunners ketinggala­n 13 mata daripada kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris yang menjanjika­n aksi di Liga Juara-Juara, satu-satunya perancanga­n realistik buat mereka kembali ke saingan elit Eropah itu adalah dengan memenangi Liga Europa.

Kami sudah meraih kemenangan berturut-turut dan mahu ia berterusan. Sekarang, kami berdepan perlawanan penting dan kami sudah bersedia”

Jack Wilshere

 ??  ?? AUBAMEYANG taruhan
Gunners robek CSKA.
AUBAMEYANG taruhan Gunners robek CSKA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia