Harian Metro

Gol Thiago nafi hajat Sevilla

-

Seville, Sepanyol: Bayern Munich bangkit dengan gol sendiri pihak lawan dan tandukan daripada Thiago untuk merakam kemenangan 2-1 di laman Sevilla dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Pablo Sarabia meletakkan Sevilla di depan pada minit ke-32 selepas menerima hantaran Sergio Escudero. Bagaimanap­un lima minit kemudian Bayern menyamakan kedudukan menerusi hantaran Franck Ribery yang terkena pemain Sevilla, Jesus Navas dan masuk ke gawangnya sendiri.

Dengan Sevilla semakin tertekan, juara lima kali Eropah itu terus mengasak dan Thiago menanduk masuk gol kemenangan hasil bantuan Escudero pada minit ke-68.

“Sevilla adalah pasukan yang baik dan ia bukan mudah di sini,” kata Ribery. “Kami memberi tindak balas yang baik selepas ketinggala­n. Anda tidak boleh melakukan kesilapan, anda perlu sentiasa berjaga-jaga.”

Pengendali berpengala­man Bayern, Jupp Heynckes berkata, pasukannya memerlukan sedikit tuah untuk menukar keputusan supaya berpihak kepada mereka.

“Secara psikologi ia amat penting untuk menyamakan kedudukan secepat mungkin walaupun ia memerlukan sedikit tuah,” kata Heynckes. “Tetapi jika kami mahu memenangi Liga Juara-Juara, kami perlu meningkatk­an persembaha­n.”

Sevilla kendalian Vincenzo Montella tidak bernasib baik apabila dibolosi dengan gol penyamaan sebelum rehat, selepas menguasai babak pertama dengan corak permainan yang menyingkir­kan Manchester United pada pusingan sebelum ini.

Tanpa kelibat perancang, Ever Banega yang digantung perlawanan, skuad Andalusia itu tampil garang dan hampir mendapat penalti apabila Joaquin Correa dijatuhkan oleh Jerome Boateng, tetapi sebaliknya

 ??  ?? SARABIA (kanan) gegar gawang Bayern pada minit ke-32.
SARABIA (kanan) gegar gawang Bayern pada minit ke-32.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia