Harian Metro

Ronaldo sebaris legenda: Zidane

-

Turin: Cristiano Ronaldo muncul pemain pertama menjaringk­an gol dalam 10 perlawanan Liga Juara-Juara berturut-turut apabila dia meledak dua gol untuk kemenangan 3-0 juara bertahan, Real Madrid ke atas Juventus pada aksi pertama suku akhir, awal pagi semalam.

Ronaldo membuka jaringan di Turin hanya tiga minit selepas sepak mula dan menambah gol kedua sejam kemudian dengan sepakan gunting, menjadikan 14 gol keseluruha­n dijaringka­n dalam saingan tertinggi Eropah itu musim ini.

Penyerang Juventus, Paulo Dybala dibuang padang pada minit ke-66, sebelum Ronaldo membuat umpanan kepada Marcelo untuk gol ketiga yang memberikan bekalan selesa buat Real menjelang aksi timbal balik di Madrid pada 11 April.

Sebelum ini, bintang Portugal berusia 33 tahun itu berkongsi rekod jaringan dengan bekas rakan sepasukan Manchester United, Ruud van Nilstelroo­y yang menjaringk­an gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut antara tahun 2002 hingga 2003.

“Anda boleh katakan dia seorang daripada pemain paling hebat dalam sejarah bola sepak,” kata pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane yang pernah beraksi untuk Juve selama lima musim.

“Bukan mudah untuk mendapatka­n tiga gol mengatasi Juve di laman mereka. Tetapi di akhirnya ia adalah kerjasama, anda perlu bekerja sebagai satu pasukan untuk mendapatka­n keputusan sebegini.” dia dilayangka­n kad kuning kerana berpura-pura dijatuhkan.

Sarabia hampir membuka jaringan, tetapi percubaann­ya dari hadapan pintu gol tersasar. Dia bagaimanap­un menebus kesilapann­ya dengan gol pertama sebelum jaringan sendiri Navas menyamakan kedudukan.

Skuad tuan rumah tampak keletihan di babak kedua dan hantaran Ribery sekali lagi terbukti berbisa apabila terkena Escudero sebelum ditanduk oleh Thiago.

Sevilla perlu bangkit di Munich pada aksi timbal balik pada awal pagi Khamis minggu “Sudah tentu Juventus tidak gembira dengan keputusan malam ini, tetapi Juve sentiasa di hati saya.”

Sementara itu, pengendali Juventus Massimilia­no Allegri mengakui kekalahan berkenaan sukar diterima selepas turut tewas pada aksi final di Cardiff tahun lalu.

“Keputusan 3-0 ini memang sukar untuk diterima,” kata Allegri yang berjaya membimbing kelab Itali itu dalam dua aksi final sepanjang tiga musim lalu.

“Pada pendapat saya, dari Cardiff sehingga hari ini, kami menunjukka­n peningkata­n ketara. Kami berdepan pasukan yang mempunyai pemain terbaik di dunia.”

Ronaldo - yang kini meledak 23 gol dalam semua pertanding­an depan untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama. - Reuters untuk Madrid tahun ini menerima tepukan hormat daripada penyokong Juventus selepas tamat permainan. AFP

 ??  ?? RONALDO (kiri) menerima ucapan tahniah daripada penjaga gol Juve Gianluigi Buffon.
RONALDO (kiri) menerima ucapan tahniah daripada penjaga gol Juve Gianluigi Buffon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia