Harian Metro

FAM kenal pasti potensi 20 pengadil

- Devinder Singh devinder@nstp.com.my

Petaling Jaya: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenal pasti 20 pengadil yang berpotensi untuk diserapkan menjadi pengadil profesiona­l dalam masa terdekat.

Biarpun beberapa tahun lagi diperlukan untuk pegawai pertanding­an di negara ini bekerja sepenuh masa, FAM bersiap sedia dalam menyediaka­n pengadil profesiona­l.

Bagaimanap­un, Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil FAM, Subkhiddin Salleh berkata masih ada beberapa halangan yang perlu diatasi.

“Pertama sekali, kita mesti mempunyai produk yang tepat dan untuk melakukann­ya kita perlu melahirkan kumpulan pengadil yang berkualiti datang daripada ranking kelas tiga,” kata Subkhiddin selepas mesyuarat bulanan jawatankua­sa itu di Wisma FAM, semalam.

“Pegawai pembanguna­n pengadil negeri mesti mengenal pasti pengadil dengan kriteria tepat untuk menyertai projek khas FAM. Apa yang kami perlukan adalah dua atau tiga pengadil dari setiap negeri yang mampu bersaing dengan pengadil yang ada.”

Minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam berkata penganjur Liga-M merancang mewujudkan dana bagi membantu pengadil bertukar ke profesiona­l.

Subkhiddin yang mengalu-alukan perancanga­n MFL itu berkata, adalah penting bagi meyakinkan pengadil untuk meninggalk­an kerjaya mereka dalam sektor kerajaan atau swasta, sekali gus bekerja sebagai pengadil sepenuh masa.

“Kami mempunyai senarai lebih kurang 20 pengadil yang akan ditemuduga bulan depan untuk melihat sama ada mereka bersedia untuk menjadi profesiona­l,” kata Subkhiddin.

“Ada sebahagian­nya mempunyai kerja dengan kerajaan dan mungkin pengadil itu boleh dipinjamka­n kepada kita. Tetapi kami tidak tahu lagi apa yang akan berlaku.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia