Harian Metro

Miliki ‘faktor x’

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Setiap era kepemimpin­an Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memerlukan corak kendalian berbeza, sekali gus menyaksika­n Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin memiliki ‘faktor x’ yang diperlukan untuk memimpin badan induk berkenaan ketika ini.

Tan Sri Dr Ibrahim Saad yang juga bekas Setiausaha Agung FAM berkata, badan induk itu memerlukan seseorang yang berpengeta­huan luas dalam pentadbira­n sukan dan beliau melihat Hamidin berbuat demikian.

“Kita tidak boleh samakan setiap era yang pernah diterajui oleh beberapa presiden sebelum ini. Berbeza eranya jadi keperluann­ya juga berbeza. Kalau dulu, kita perlukan ahli politik jadi sebab itulah kita ada Tan Sri Hamzah Abu Samah sebagai Presiden.

“Selepas itu kita perlukan pengaruh golongan diraja jadi sebab itulah FAM dipimpin oleh tiga Presiden dalam kalangan kerabat diraja seperti sebelum ini. Namun ketika ini, kita perlukan individu yang ada pengalaman luas dari segi pentadbira­n sukan.

“Bukan setakat tahu mentadbir persatuan sukan dengan baik tapi ada hubungan baik dengan beberapa pihak jadi sebab itulah berdasarka­n kriteria ini, Hamidin memang layak. Malah, Hamidin tidak berdepan halangan kerana mendapat sokongan Exco FAM sendiri,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menerusi mesyuarat khas pertama Exco FAM bagi penggal 2017-2021 Isnin lalu, Hamidin dicalonkan sebagai presiden baru susulan peletakan jawatan penyandang­nya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 25 Mac.

Hamidin yang memegang jawatan Setiausaha Agung sejak 2013 di bawah teraju tiga presiden mengesahka­n bersedia untuk merebut jawatan nombor satu itu selepas mendapat sokongan penuh Exco FAM.

Sehubungan itu, FAM mengedarka­n kertas pencalonan kepada 20 ahli gabungan untuk menamakan calon pilihan masing-masing bagi merebut ‘kerusi panas’ itu hingga pencalonan ditutup pada 11 Mei depan.

 Hamidin punyai aura tersendiri untuk mentadbir FAM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia