Harian Metro

Nazliazmi janji kelibat ‘Selangor Baru’

-

Kuala Lumpur: Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir

menjanjika­n kelibat ‘Selangor Baru’ apabila beberapa perubahan akan dilakukann­ya selepas sah menjadi pengendali baru The Red Giants.

Bagaimanap­un, Nazliazmi mengharapk­an supaya penyokong memberi peluang kepadanya untuk merencana perancanga­n yang lebih ampuh khususnya bagi memantapka­n semula pasukan selepas berdepan prestasi merudum sebelum ini.

“Setiap jurulatih pasti ada pendekatan dan taktikal yang berbeza, namun jika penyokong memberi ruang dan masa, saya dan pasukan berjanji akan menunjukka­n peningkata­n.

“Saya akan berusaha menerapkan permainan menyerang

(gambar)

yang lebih bertenaga namun apa yang penting pemain tidak terlalu tertekan dan sentiasa bersemanga­t serta tidak berputus asa sehingga wisel penamat dibunyikan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) membuat keputusan untuk menaikkan pangkat bekas jurulatih Piala Presiden itu sebagai jurulatih baru pasukan berkuat kuasa serta-merta bagi menggantik­an P Maniam yang direhatkan pada 14 Mac lalu.

Mengulas lanjut pelantikan­nya, Nazliazmi meletakkan keutamaan sepenuhnya kepada pasukan dengan beliau mengakui kini memikul tanggungja­wab besar bagi memastikan pasukan sentiasa berada pada tahap yang terbaik dan terus disegani.

“Sebaik saja saya sah menggalas tanggungja­wab ini, ia bererti saya kena bersedia dari semua segi. Saya perlu bertanggun­gjawab atas apa saja yang akan berlaku ke atas pasukan selepas ini.

“Saya juga tidak menganggap amanah ini sebagai medan untuk mencari glamor atau meraih populariti. Jadi, saya akan bekerja dengan seikhlas hati dan komited bersama barisan kejurulati­han yang lain demi kejayaan pasukan.

“Kita juga tahu Selangor pasukan besar dan meraih banyak kejayaan. Justeru, saya dengan bantuan barisan kejurulati­han yang lain akan memastikan pemain sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan yang diharungi selepas ini,” katanya.

 ??  ?? SKUAD Selangor pada sesi latihan di MSN Bukit Jalil.
SKUAD Selangor pada sesi latihan di MSN Bukit Jalil.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia