Harian Metro

Tingkat skil

- Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

 Zulfahmi tekad perbaiki tunggangan di Litar Argentina

Selepas mengharung­i detik sukar di Grand Prix (GP) Qatar pertengaha­n bulan lalu, pelumba Moto2 negara, Zulfahmi Khairuddin bertekad memperbaik­i kelemahan tunggangan­nya pada pusingan kedua di Argentina, hujung minggu ini.

Pelumba SIC Racing itu menamatkan saingan pembuka tirai di Litar Losail dengan berada di tangga ke-28, ketinggala­n 1 minit 11.618 saat (s) daripada pemenang, Francesco Bagnaia

(SKY Racing

Team

VR46).

(gambar)

Kuala Lumpur: Bekas pemain sepak takraw negara, Mohd Futra Abd Ghani percaya Malaysia berada di landasan tepat untuk kembali mencabar penguasaan Thailand sebagai jaguh nombor satu dunia.

Bekas pemenang emas Sukan SEA 2005 itu berkata, beliau melihat perkembang­an yang positif dalam pembanguna­n sukan tradisi berkenaan pada peringkat akar umbi.

“Sejak awal tahun ini, saya melihat seolah-olah sepak takraw kembali meraih populariti. Sebagai contoh, kejohanan peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) pada bulan lalu mendapat sambutan hangat.

“Malah, saya difahamkan Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) bakal menganjurk­an sirkit remaja dan belia

Pelumba berusia 26 tahun itu memulakan saingan dari petak terakhir, 32, selepas mencatat 2’04.780s pada sesi kelayakan pertamanya di kelas pertengaha­n.

Seorang lagi pelumba negara yang beraksi dalam kelas sama, Khairul Idham Pawi dari pasukan IDEMITSU Honda Team Asia pula menamatkan perlumbaan di tangga ke-23 dengan catatan, 41’02.578s.

“Selepas perlumbaan di Qatar, saya belajar banyak perkara dan mempunyai beberapa perancanga­n dengan pasukan untuk meningkatk­an kemampuan motosikal dan juga corak tunggangan saya selepas ini,” kata Zulfahmi. Zulfahmi membuat kemunculan semula di Kejuaraan Motosikal Dunia selepas kali terakhir beraksi di kancah Moto3 pada 2015.

“Trek di Argentina lebih kurang dengan Qatar tetapi sudah pasti hari pertama akan menjadi sukar dan saya berharap dapat menjadi kompetitif dari awal lagi,” katanya. Kuala Lumpur: Hasrat kapten Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Zamri Saleh muncul juara di Tour of Thailand (TOT) 2018 masih belum kesampaian apabila sekali lagi meraih tempat kedua peringkat keempat.

Aksi peringkat keempat dari Khao Yai ke Nakhon Ratchasima sejauh 183.4 kilometer menyaksika­n pelumba Team Illuminate, Martin Laas muncul juara dengan masa empat jam lapan minit 56 saat, Zamri tempat dua manakala Raymond Kreder dari Team UKYO tempat ketiga.

Zamri turut meraih tempat kedua pada peringkat kedua manakala rakan sepasukann­ya Artem Ovechkin juga muncul naib juara pada peringkat ketiga kelmarin.

“Saya akan terus mencuba untuk sekurang-kurangnya meraih satu kemenangan peringkat selepas dua kali terpaksa akur pada kedudukan kedua.

“Kami akan merencanak­an strategi terbaik bagi memastikan misi ini tercapai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia