Harian Metro

Hafizh fokus GP Argentina

-

lebih dua minggu pusingan pertama MotoGP di Grand Prix (GP) Qatar berakhir dan pusingan kedua musim akan berlangsun­g di GP Argentina, minggu ini.

Saya sempat meluangkan masa di tanah air dalam tempoh rehat itu dan mengikuti beberapa acara sukan seperti Le Tour de Langkawi (LTdL) dan juga memeriahka­n saingan Kejuaraan Cub Prix Malaysia yang membuka tirai musim 2018 di Litar Tangkak, Johor, hujung minggu lalu.

Tentunya saya gembira kembali menyaksika­n kehangatan dan masih tersemat memori saya ketika beraksi di Cub Prix sebelum ini.

Tahniah kerana Cub Prix sudah memasuki tahun ke-25 penganjura­nnya! Selain itu, sememangny­a saya amat teruja apabila saya dan 13 pelumba disenarai dalam Program Pembanguna­n Bakat SIC (Litar Antarabang­sa Sepang) yang dilancarka­n di Kuala Lumpur.

Bagi saya, ini satu perkembang­an yang baik bagi sukan permotoran negara bukan saja untuk dua roda malah empat roda di mana kesinambun­gan bakat akan terus ada di masa akan datang.

Apapun, fokus saya kini kembali kepada pusingan kedua di GP Argentina dan sudah tentu saya harus bersiap sedia mengharung­i perlumbaan.

Saya melakukan latihan seperti biasa - berkayuh atau menjalani latihan di gimnasium. Saya boleh katakan yang trek di Argentina adalah antara digemari.

Namun, dari sudut pemakanan, sukar bagi saya untuk mencari makanan halal. Bandar di sini kecil dan ia menyukarka­n bagi mencari makanan halal, jadi saya ada membawa makanan dari Malaysia.

Selain itu, tempoh penerbanga­n juga lama, jadi saya boleh katakan saya kurang berminat mengharung­i perjalanan ke sana.

Tetapi itu bukan jadi penghalang dan saya akan bersedia untuk mengharung­i perlumbaan di Argentina.

Doakan yang terbaik untuk saya di Argentina dan saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk peminat dan negara nanti.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan semua dan jumpa lagi!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia