Harian Metro

Hujan ganggu pemain boling padang negara

-

Gold Coast: Skuad boling padang negara bukan saja akan memulakan langkah mereka di Broadbeach Bowls Club berdepan cabaran pesaing dari negara Komanwel tetapi juga keadaan cuaca tidak menentu.

Hujan di Gold Coast sejak beberapa hari lalu memberikan cabaran baru untuk saingan kali ini dengan Emma Firyana Saroji yang bakal bersaing dalam acara singles, hari ini bakal menjadi pertaruhan terbaik.

Jika empat tahun lalu dia membantu pasukan meraih perak dalam acara fours di Glasgow, kali ini dia diberi kepercayaa­n untuk beraksi dalam acara singles.

“Emma akan menentang pemain England, Katherine Rednal untuk perlawanan pertamanya dan berharap dia mampu mempamerka­n aksi terbaik kali ini,” kata pengurus pasukan boling padang wanita, Tengku Datin Seri Noor Hazah Tengku Abdul Aziz Shah.

“Dia bukan saja diberi kepercayaa­n bertanding dalam acara singles, namun turut beraksi dalam acara pairs, berganding­an dengan Siti Zalina Ahmad

Berdasarka­n perlawanan persahabat­an menentang Wales dan Afrika Selatan yang diadakan di sini, beliau yakin skuad negara mampu memberikan yang terbaik pada hari pertanding­an.

Mengenai isu cuaca, beliau berkata anak buahnya sudah mula membiasaka­n diri dengan perubahan cuaca apabila menjalani latihan di sini sejak bulan lalu.

Turut beraksi hari ini adalah pasukan triples lelaki iaitu Muhammad Soufi Rosli, Syamil Syazwan Ramli, Zulkhilme Redzuan yang akan menentang trio Ireland Utara.

(gambar).”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia