Harian Metro

Nyamuk buat hal!

-

 ISN selesai isu ‘serangan’ serangga di tempat penginapan skuad badminton negara

Skuad badminton negara menjadi sasaran ‘serangan’ nyamuk ketika tiba di perkampung­an sukan Sukan Komanwel di sini, Ahad lalu.

Sekalipun sudah berusaha menghalau serangga itu, semua 10 pemain negara tidak berjaya untuk melakukann­ya sebelum pegawai daripada Institut Sukan Negara (ISN) datang memberi bantuan dan menyelesai­kan masalah berkenaan.

Dengan menggunaka­n alat semburan menghalau nyamuk, ia tidak lagi menjadi masalah dengan semua pemain kini fokus sepenuhnya bagi menghadapi perlawanan pembukaan Kumpulan D berpasukan campuran menentang Ghana di Pusat Riadah dan Sukan Carrara, hari ini.

“Nyamuk menjadi masalah, tetapi terima kasih kepada ISN, kini ia sudah tiada. Saya tidak yakin bagaimana mereka melakukann­ya... Saya fikir mereka menggunaka­n penyembur atau sesuatu,” kata ketua jurulatih beregu negara, Cheah Soon Kit

semalam.

“Kami memang menjangkak­an

(gambar),

akan ada nyamuk kerana kami ditempatka­n di tingkat bawah salah satu unit apartmen perkampung­an sukan ini.”

Mengulas mengenai keyakinan pasukan untuk mengekalka­n pingat emas dalam acara berpasukan campuran, Soon Kit berkata persiapan pasukannya berjalan dengan baik.

“Dengan adanya (Lee) Chong Wei di dalam pasukan, semua orang cukup bersemanga­t dan fokus untuk mengekalka­n kejuaraan. Kami sudah menjalani latihan di gelanggang dan keadaannya bagus.

“Kami juga tidak berdepan sebarang kecederaan atau masalah lain. Persembaha­n yang baik dalam acara berpasukan campuran akan membantu pemain untuk mendapatka­n motivasi bagi menghadapi acara individu.”

Selain Ghana, Malaysia turut diundi satu kumpulan bersama Kanada dan Seychelles dengan dua pasukan terbaik daripada empat kumpulan mara ke peringkat suku akhir.

Ketika ditanya adakah keputusan penganjur menggunaka­n peraturan servis baharu akan memberikan kelebihan buat Malaysia, Soon Kit yang juga pemenang dua kali pingat emas di Komanwel berkata: “Ia tidak begitu penting kerana pada akhirnya, pengadil servis yang membuat keputusan.”

Selain Chong Wei, skuad Malaysia turut dibarisi Soniia Cheah (perseorang­an wanita), Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki), Vivian Hoo-Chow Mei Kuan (beregu wanita) dan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying serta Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia