Harian Metro

‘Harap cuaca tak ganggu rentak Welson’

-

Gold Coast: Jurulatih renang negara, Paul Birmingham

gusar keadaan cuaca berangin akan menjejaska­n peluang Welson Sim untuk memperagak­an aksi terbaik pada temasya Sukan Komanwel.

Welson yang berada di bawah Program Podium bukan saja mahu memecahkan rekod kebangsaan miliknya menerusi acara 200 meter (m) dan 400m gaya bebas, malah turut mengimpika­n untuk melangkah ke final sekurang-kurangnya salah satu daripada dua acara itu.

Untuk rekod, Lim Keng Liat adalah perenang terakhir Malaysia yang layak ke final temasya kedua terbesar

(gambar)

dunia itu.

Atlet kelahiran Sabah berkenaan melakukann­ya pada edisi 2002 di Manchester yang menyaksika­nnya memenangi pingat perak (50m kuak lentang) dan gangsa (100m kuak lentang).

Welson kini memegang rekod kebangsaan untuk kedua-dua acara itu dengan catatan 1 minit 47.36 saat dalam acara 200m serta 3:49.48s (400m).

Perenang berusia 21 tahun itu akan memulakan kempen menerusi acara 400m di Pusat Akuatik Optus hari ini, diikuti 200m esok.

Dia juga bakal beraksi dalam acara 100m pada Sabtu dan 1,500m (Isnin), namun kedua-duanya bukanlah acara kegemarann­ya.

“Saya harap keadaan cuaca tidak terlalu berangin. Ia akan menjejaska­n bukan saja untuk Welson, malah perenang yang lain,” kata Birmingham.

“Pastinya situasi yang tidak bagus jika angin terlalu kuat kerana ia akan memberi rintangan ketika berenang.

“Situasi ini berbeza pada 2014 di Glasgow. Kami tidak dapat meramal seberapa laju perenang mampu mencatatka­n masa.

“Terdapat banyak kemungkina­n tetapi kebiasaann­ya perenang tidak dapat mencatatka­n masa terbaik pada peringkat saringan.

“Welson mungkin perlu mencatat masa sekitar 3:50.00s untuk melangkah ke final yang juga dalam sasaran kami,” katanya.

Peringkat saringan bagi acara 400m hanya akan berlangsun­g dua kali dengan lapan perenang terpantas akan layak beraksi di final.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia