Harian Metro

Harap tuah hari jadi

-

 Azroy taruhan kontinjen negara raih emas pertama

Atlet angkat berat negara, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad yang menjadi pertaruhan terbaik kontinjen negara untuk memenangi pingat emas pertama di Sukan Komanwel, berharap dapat memenangin­ya sebagai hadiah ulang tahun kelahiran dirinya.

Sekiranya Azroy yang genap berusia 24 tahun semalam dan akan beraksi dalam kategori 56 kilogram di Carrara Sports and Leisure Centre dapat merealisas­ikan impian itu, ia harus menjadi hadiah hari jadi paling mahal dalam hidupnya kerana emas itu bernilai RM80,000.

Ini kerana di bawah Skim

(gambar)

Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) Majlis Sukan Negara (MSN), pemenang emas pada temasya kedua terbesar dunia ini akan menerima ganjaran RM80,000.

“Sudah tentu ia saat paling gembira dalam hidup saya sekiranya mampu memenangi pingat emas. Ia boleh dianggap hadiah hari jadi paling bermakna dalam hidup saya.

“Namun, saya tidak mahu terlalu memikirkan­nya kerana apa yang lebih penting saya perlu fokus esok (hari ini),” katanya.

Selain sebagai hadiah hari jadi, emas yang diraihnya itu harus akan menjadi lebih bermakna kerana ia boleh menyamai pencapaian idolanya, Amirul Hamizan Ibrahim yang memenangi kategori itu di Manchester 2002 dan New Delhi 2010.

Menariknya, atlet kelahiran Rompin, Pahang itu mendapat motivasi tambahan kerana Amirul turut menemaniny­a selaku pengurus pasukan.

“Kehadirann­ya (Amirul) sudah tentu sangat membantu saya. Saya harap dapat mengulangi pencapaian­nya,” kata Azroy.

Azroy jelas prospek terbaik negara untuk meneruskan tradisi memenangi emas dalam angkat berat kerana sejak Kuala Lumpur 1998, skuad angkat berat tidak pernah mengecewak­an dengan sekurang-kurangnya menyumbang sebutir emas.

Apatah lagi, ketiadaan pemenang emas Glasgow 2014, Hafifi Mansor yang digantung akibat doping menyaksika­n Azroy menggalas tugas berat itu.

“Tekanan itu memang ada tetapi saya perlu kekal tenang dan fokus. Doakan kejayaan saya,” kata Azroy.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia