Harian Metro

Enggan letak sasaran ‘makan diri’

-

sesebuah negara dalam temasya sukan diukur menerusi jumlah pingat emas yang dimenangi.

Dengan adanya program khas buat atlet, sudah pasti kita menjangkak­an mereka akan menunjukka­n prestasi lebih baik berbanding edisi terdahulu.

Untuk Malaysia, kutipan enam pingat emas di Sukan Olimpik Glasgow 2010 adalah pencapaian terendah sejak 1994 di Victoria.

Bimbang memakan diri, pegawai sukan di Malaysia tidak meletakkan sebarang sasaran untuk pingat namun sebaliknya sekadar meletakkan sasaran untuk menjadi 10 negara terbaik.

Berdasarka­n pendapat beberapa pakar, Malaysia dilihat sukar untuk memperbaik­i pencapaian di Glasgow.

Jika ini berlaku, pegawai Program Podium harus mengambil tanggungja­wab memandangk­an kerajaan sudah memberi bantuan kewangan atas inisiatif ini bagi tempoh dua tahun untuk meningkatk­an kualiti atlet negara.

Sudah pasti tidak mudah di Gold Coast memandangk­an Malaysia sudah kehilangan ‘sengat’ dalam beberapa acara sukan sejak temasya di Glasgow.

Harapan pingat emas disandarka­n ke atas badminton, angkat berat, boling padang, terjun dan berbasikal.

Bagaimanap­un, hanya badminton yang diketuai Datuk Lee Chong Wei yang mungkin menghadiah­kan pingat apabila dijangka memberi cabaran dalam lima daripada enam pingat emas yang ditawarkan.

Meskipun beberapa persatuan sukan menjanjika­n pingat emas namun atlet mereka perlu memperagak­an aksi melebihi jangkaan untuk menepati sasaran.

Atlet angkat berat negara, Azroy Hazal Wafie Izhar melontarka­n keyakinan untuk menyumbang­kan satu pingat emas seperti yang ditetapkan persatuann­ya.

Atlet Program Podium itu akan bertanding dalam acara 56 kilogram (kg) hari ini (Khamis) dengan dia dilihat selaku pilihan.

Dalam skuasy, Nicol David tidak lagi mendominas­i seperti sebelum ini dan sukar untuk

(gambar)

melihat dia menghadiah­kan pingat emas buat kali ketiga bagi acara perseorang­an wanita memandangk­an hanya gangsa menjadi sasarannya.

Malaysia memiliki 10 atlet dalam pasukan berbasikal namun hanya Azizulhasn­i Awang yang dilihat mampu memenangi pingat.

Bagaimanap­un, tahap kecergasan­nya sedikit membimbang­kan susulan jangkitan yang dialaminya sebelum dan pasti sukar untuknya meraih pingat emas pertama bagi acara keirin mahupun pecut di Sukan Komanwel.

Boling padang mara ke dua pentas akhir pada edisi 2014 namun sekadar menuai pingat perak.

Kali ini, boling padang yakin mereka mampu sekurang-kurangnya untuk meraih gelaran dalam satu acara wanita.

Gold Coast seharusnya menjadi detik penentu buat sukan di negara ini namun jika atlet gagal menepati jangkaan yang ditetapkan, pegawai sukan perlu mengambil tanggungja­wab.

Kejayaan Malaysia akan bergantung kepada prestasi setiap atlet. Program Podium sudah menyediaka­n segala kepakaran yang diperlukan dan inilah masanya untuk mereka membuktika­n hasilnya.

 ??  ?? AZIZULHASN­I
AZIZULHASN­I

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia