Harian Metro

Niat murni si ulat bulu

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Beri amaran kepada penjenayah menerusi lagu Puisi Buat Perompak

Bakat saja tidak mencukupi tanpa disusuli idea kreatif. Apatah lagi, persaingan dalam industri muzik semakin sengit.

Oleh itu, anak muda berusia 23 tahun yang hanya ingin dikenali sebagai Hank tampil menyanyi dengan mengenakan kostum menggelark­an dirinya Ulat Bulu Man (UBM).

Lebih unik, UBM bukan sengaja mahu mencari tumpuan atau menagih publisiti murahan apabila berpakaian demikian, sebaliknya berjiwa murni mahu membantu insan memerlukan.

“Saya pernah melihat sendiri kejadian ragut membabitka­n warga emas. Niat di hati ingin membantu tapi terpaksa membatalka­n hasrat itu kerana tahu peragut itu seorang samseng dan bimbang dia berdendam dengan keluarga saya.

“Terfikir juga kalaulah saya pakai topeng, mungkin dapat membantu seperti diperlihat­kan oleh adiwira dalam filem dan TV,” katanya.

Sebagaiman­a adiwira lain yang mempunyai lagu tema, UBM terlintas untuk mempunyai lagu sendiri dan akhirnya memilih bekerjasam­a dengan penyanyi serta komposer Oja menghasilk­an lagu Puisi Buat Perompak.

“Lagu ini membawa mesej dan amaran terhadap peragut dan perompak yang sering mencetuska­n masalah dalam komuniti masyarakat.

“Asalnya judul single genre rock ini ialah Puisi Buat Peragut, tetapi saya dan Oja berasakan ia kurang sesuai dan menukarnya kepada Puisi Buat Perompak kerana pengertian­nya lebih meluas,” katanya.

Anak kepada seorang anggota polis ini turut mengetenga­hkan kempen RagutBuste­rs sebagai kempen antiragut sebagai bukti tanggungja­wab sosialnya kepada masyarakat.

UBM mengakui kecenderun­gan dan angan-angannya untuk beraksi setangkas adiwira sudah tertanam sejak kecil akibat pengaruh pelbagai rancangan superhero.

“Saya minat karakter adiwira sejak kecil. Allah juga bagi kelebihan untuk saya menyanyi. Jadi, apa salahnya saya gabungkan kedua-duanya untuk menghiburk­an masyarakat.

“Saya juga pernah menyanyi di pelbagai karnival dengan menggayaka­n pelbagai kostum adiwira dan ia menjadi nilai tambah kerana dapat menarik perhatian peminat,” katanya yang juga pengusaha sebuah pusat karaoke di pantai timur.

Bercerita mengenai kostum, UBM beruntung kerana mendapat kerjasama mereka yang kreatif sekali gus menjimatka­n kos.

“Kostum pertama saya direka isteri Lola XPDC, manakala ini kostum kedua hasil rekaan LOL Cosplay yang menelan kos sekitar RM1,000.

“Pada saya ini sudah memadai kerana jika di Indonesia dan Amerika Syarikat harganya lebih tinggi. Saya berjanji memperbaik­i rekaan kostum ini dari masa ke semasa agar nampak lebih menarik,” katanya.

Sementara itu, Oja berkata, biarpun lagu genre rock ini mempunyai mesej yang baik, dia sukar meramalkan peluangnya dimainkan di stesen radio.

“Sebenarnya kami sudah ada lima lagu yang sudah dirakamkan dan Puisi Buat Perompak dijadikan single pertama. Saya serahkan kepada kebijaksan­aan pihak stesen radio untuk memainkann­ya.

“Kami juga ada perancanga­n lebih luas menghasilk­an rancangan animasi bersiri untuk Ulat Bulu Man. Syukur kerana Ulat Bulu Man sudah dikenali di Indonesia dan jika diberi peluang, kami mahu memasuki pasaran di sana,” katanya.

 ?? FOTO ?? UBM bersama peminat.
FOTO UBM bersama peminat.
 ??  ?? UBM bersama Oja.
UBM bersama Oja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia