Harian Metro

Pilih tablet sesuai

Pastikan miliki beberapa ciri disenaraik­an demi kepuasan

- Wan Nur Ameera Meor Rozman itmetro@hmetro.com.my

Adakah anda seorang yang gemar menonton filem? Selain menonton filem di pawagan berdekatan, ada juga di antara kita gemar menyaksika­n filem di komputer riba dan peranti pintar.

Bagaimanap­un, tontonan di peranti pintar mungkin kurang memuaskan hati kerana beberapa faktor termasuk skrin yang kecil.

Oleh itu, apa kata anda dapatkan tablet dengan ciri lebih sesuai untuk kepuasan yang lebih baik. Namun, pastikan tablet yang anda ingin beli mempunyai ciriciri berikut:

1. Skrin yang besar Skrin yang luas bukan saja menawarkan anda kepuasan tontonan, malah membenarka­n anda menonton filem mahupun drama secara berkumpula­n sama ada bersama keluarga atau teman rapat.

2. Resolusi skrin

Di samping saiz skrin, anda juga perlu mempertimb­angkan resolusi skrin. Resolusi skrin yang lebih besar mampu memberikan pengalaman tontonan menakjubka­n kepada anda.

3. Paparan skrin

Selain saiz dan resolusi skrin, paparan skrin juga memainkan peranan dalam menjamin keseronoka­n tontonan. Jadi, pastikan anda pilih tablet dengan paparan skrin terbaik.

4. Ciri audio teater

Ciri ini bagi menjamin pengalaman tontonan seakan-akan di pawagam. Contoh terbaik adalah Lenovo Tab 3.

5. Ketahanan bateri Ketahanan bateri juga adalah antara elemen yang perlu diambil kira. Seperti Apple iPad Air 2, ia antara tablet yang mempunyai sokongan bateri terbaik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia