Harian Metro

TM perkenal unifi Wireless Broadband

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

TM memperkena­lkan unifi Wireless Broadband yang membolehka­n anda mendapatka­n 60GB data Internet.

Pada harga RM83.74 sebulan, ia boleh diperoleh secara eksklusif menerusi ‘Skuad Sempurna unifi’.

Naib Presiden Eksekutif Unifi Imri Mokhtar (gambar), berkata TM sentiasa memastikan pelanggan mendapat pengalaman Internet yang terbaik daripada unifi.

“Untuk pelanggan yang tinggal di dalam kawasan liputan perkhidmat­an unifi LTE, ia adalah penyelesai­an terbaik untuk anda.

“Dengan sambungan yang menyeluruh, anda akan menikmati pengalaman kehidupan digital yang anda inginkan,” katanya.

Beliau berkata, pengguna boleh memindah turun dan pindah naik apa saja selain menikmati penstriman video tanpa gangguan bersama keluarga atau rakan.

“Ia bertepatan janji kami iaitu ‘Hidup Lebih Mudah’, rumusan ini akan memperkuku­h peranan unifi sebagai jenama peneraju konvergens di negara ini,” katanya.

Langganan termasuk peranti router tanpa wayar dengan hanya RM599 berbanding harga biasa RM1,099.

Terhad kepada tiga unit untuk setiap pelanggan, peranti ini didatangka­n bersama jaminan selama 12 bulan. Oleh kerana tiada ikatan kontrak dikenakan, tiada sebarang penalti dan pengembali­an yang merumitkan.

Ia sesuai kepada pengguna yang sering menggunaka­n data dalam jumlah yang tinggi, sekiranya data 60GB tidak mencukupi, anda boleh membeli data tambahan menerusi aplikasi unifi mobile care atau menerusi online.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia