Harian Metro

Fortnite M Akhirnya T

- Hazril Md Nor Gen.y@hmetro.com.my

Boleh dimainkan bagi pengguna pemilik Android masih perlu men

Mod Battle Royale bukanlah genre baru di peranti pintar. Sebelum ini terdapat banyak ‘game’ seperti Rules of Survival dan Knives Out yang sedia dimainkan pada bilabila masa di iOS dan Android.

Tapi apabila Tencent melancarka­n PlayerUnkn­own’s Battlegrou­nds (PUBG) versi peranti pintar, ramai menunjukka­n minat dan bermegah dengan pencapaian mereka dalam permainan mudah alih itu.

Kini, Fortnite pula sedang menunjukka­n taringnya di pasaran telefon pintar. Baru dilancarka­n hari ini tanpa jemputan khas, Fortnite Mobile akhirnya boleh dimainkan oleh semua pengguna iOS terutama mereka yang memiliki iPhone SE, 6S dan ke atas.

Apa yang menariknya? Permainan mudah alih ini membawakan mod Battle Royale daripada PC secara terus ke iOS. Ia boleh dikatakan pengalaman Battle Royale yang tidak mengecewak­an.

Ia mempunyai peta yang sama, kandungan sama, ‘unlockable­s’, sesi permainan dan kemas kini mingguan. Cuma agak mengecewak­an apabila pengguna iPhone 6S/SE ke atas yang bermula dalam versi iOS 11 saja boleh bermain.

Konsepnya mudah difahami, anda bersaing bersama 99 lagi pemain lain di seluruh dunia di pulau terpencil. Bagi meneruskan hidup, anda perlu mencari senjata dan kelengkapa­n yang terdapat dalam bangunan.

Tapi yang membezakan ia daripada Battle Royale lain ialah kebolehan pemain untuk ekstra bahan daripada bangunan itu ba membina kubu anda sendiri di mana saja. Lebih mengejutka­n dan tidak masuk akal, kubu itu boleh dibina setinggi bangunan pencakar langit.

Perlu diingatkan di sini, Epic membolehka­n pemain untuk berlawan dengan mereka di platform berbeza seperti PC dan konsol. Ini mungkin agak merisaukan kerana pemain di P akan mempunyai kelebihan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia