Harian Metro

Kenal pasti tahap kecederaan

-

“Secara umumnya, kalau kita terkena air panas bersuhu 68 darjah Celsius selama satu saat sudah memadai untuk mendatangk­an kesan kecederaan tahap satu terhadap kulit. Bagaimanap­un, air yang kita minum seperti kopi, susu dan teh biasanya pada suhu sekitar 80 darjah Celsius. Sebab itulah melecur mudah terjadi,” katanya.

Menjelaska­n dengan terperinci, Dr Shahrul berkata, kulit manusia adalah organ penting yang berfungsi menghalang jangkitan dan melindungi cecair dalam tubuh.

“Ia terbahagi kepada tiga lapisan iaitu epidermis (lapisan kulit luar yang terdiri daripada beberapa lapisan sel), dermis (lapisan sebelah dalam kulit yang terdiri daripada saluran darah, tisu perantara dan lemak) dan hipodermis (lapisan sel kulit paling dalam yang terbentuk di bawah dermis).

“Apabila kecederaan terbakar atau luka berlaku, integriti kulit akan terganggu. Di situlah berlakunya kemasukan bahan bendasing dari luar sekali gus menyebabka­n keluarnya air dari dalam badan,” katanya.

Bagi kebanyakan orang, kesan melecur atau terbakar mungkin dianggap sama. Asalkan merah, membentuk gelembung air dan mungkin terbakar, semuanya perlu dirujuk ke hospital. Di hospital, barulah kita mendengar penjelasan sama ada mangsa mengalami kesan terbakar tahap satu, dua atau tiga.

Sebenarnya, tidak sukar untuk kita mengenal pasti tahap kecederaan mangsa pada peringkat awal. Malah, jika setiap individu, khususnya ibu bapa mempunyai pengetahua­n asas berkaitan insiden sebegini, ia mungkin mampu membantu mangsa melalui proses kesembuhan yang lebih pendek daripada biasa.

Kata Dr Shahrul, kesan kebakaran tahap satu biasanya membabitka­n lapisan luar kulit sahaja. Antara tanda ketara adalah kulit menjadi merah. Keadaan ini lazimnya terjadi akibat selaran matahari atau berjemur di bawah cahaya terik terlalu lama.

“Kesan terbakar sebegini tidak memerlukan rawatan lebih lanjut. Mangsa mungkin berasakan permukaan kulit pedih sedikit, tetapi apabila lapisan epidermis bertukar baru, kesakitan itu akan hilang tanpa parut kekal.

“Berbeza dengan kebakaran tahap dua yang menjejaska­n kawasan epidermis hingga ke sebahagian dermis. Kecederaan sebegini mungkin disebabkan air, wap panas, api atau minyak.

“Antara tandanya adalah sakit, kulit kemerahan dan adanya gelembung air (lepuh). Kecederaan tahap dua biasanya mengambil masa antara dua ke tiga minggu untuk pulih.

“Paling teruk jika mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga. Kecederaan ini lebih dalam dan boleh menjejaska­n ketiga-tiga lapisan kulit. Dalam keadaan ini, mangsa mungkin tidak lagi berasa sakit berikutan reseptor (tisu atau sel khusus yang peka terhadap rangsangan pada organ deria) sudah gagal menjalanka­n fungsinya. Kulit mangsa akan menjadi kering, garing dan kemungkina­n ‘masak’.

“Tempoh pemulihan juga akan mengambil masa yang lebih panjang kerana epidermis dan folikel rambut sudah musnah. Dalam kebanyakan kes, pertumbuha­n kulit baru akan menjadi lebih sukar atau mungkin tidak boleh,” katanya.

Dalam apa saja situasi kecemasan, beliau mengingatk­an umum supaya sentiasa memastikan diri dalam keadaan selamat, jauh daripada sebarang ancaman atau risiko yang boleh memburukka­n lagi keadaan. Sentiasa beri perhatian kepada langkah berikut:

1. Sekiranya kejadian berlaku akibat kebakaran, bawa mangsa keluar daripada

Pengetahua­n asas boleh bantu mangsa sembuh

lebih cepat

tempat terbakar. Jika keadaan tidak mengizinka­n, penyelamat tidak seharusnya masuk ke kawasan terjejas.

2. Jika ada api atau haba panas, alihkan sumber berkenaan dari tubuh mangsa. Contohnya, jika baju terbakar, buka baju mangsa. Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk membantu memadamkan kebakaran pada baju mangsa. Satu daripadany­a adalah teknik ‘Stop, Drop and Roll’ (berhenti, jatuhkan tubuh dan berguling)

Mangsa perlu berhenti bergerak untuk mengelak risiko api marak. Kemudian, jatuhkan diri dengan selamat ke tanah atau lantai dan berguling untuk memadamkan api. Pastikan teknik ini dilakukan

 ??  ?? Paling teruk jika mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga. Kecederaan ini lebih dalam dan boleh menjejaska­n ketiga-tiga lapisan kulit
Paling teruk jika mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga. Kecederaan ini lebih dalam dan boleh menjejaska­n ketiga-tiga lapisan kulit

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia