Harian Metro

DERITA DALAM SENYAP

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Pesakit mental enggan dapatkan rawatan disebabkan malu, tidak rasa sakit

Setiap tiga daripada 10 rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas (atau 29.2 peratus) mengalami pelbagai masalah kesihatan mental. Statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menunjukka­n menjelang 2020, penyakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar membahayak­an rakyat negara ini selepas penyakit jantung.

Namun penyakit mental masih disalah faham di Malaysia. Ada yang menyamakan penyakit mental dengan kurang waras, manakala segolongan besar gagal mengenali tanda dan simptom penyakit terbabit. Antara penyakit mental umum adalah kemurungan, keresahan, gangguan bipolar dan skizofreni­a.

Terdapat stigma sosial yang besar berkaitan penyakit mental. Ia berpunca daripada pendirian budaya yang dibentuk oleh kepercayaa­n tahyul dan salah faham. Persepsi negatif ini menyebabka­n pesakit mental menderita dalam senyap, sering diketepika­n masyarakat dan tiada harapan walaupun mendapat sokongan, menerusi pemulihan.

Berbanding lelaki, wanita lebih mudah mengalami gangguan mental berpunca daripada tekanan di tempat kerja, bebanan kewangan dan masalah kekeluarga­an seperti isu perkahwina­n. Gangguan mental ini menyebabka­n wanita mudah berhadapan kemurungan sehingga mendorong mereka membunuh diri.

Menurut Pakar Perunding Psikiatri, Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Ng Chong Guan, ramai pesakit mental enggan mendapatka­n rawatan disebabkan malu dan merasakan mereka tidak sakit. Kebanyakan­nya lebih gemar menyimpan masalah, tidak mahu berkongsi dengan keluarga atau rakan sehingga akhirnya tekanan sukar dikawal. Ada pula bertindak ganas dengan mencederak­an diri sendiri.

“Dalam hal ini, masyarakat perlu disedarkan bahawa semua pihak bertanggun­gjawab membantu individu yang berada dalam krisis gangguan kesihatan mental. Pesakit tidak seharusnya dibiarkan, sebaliknya ahli keluarga atau rakan perlu membawa mereka bertemu pakar psikiatri secepat mungkin.

“Ahli keluarga harus mengenali tanda penyakit mental seperti murung, jadi pendiam atau bertindak di luar kebiasaan,” katanya yang dalam bengkel Pertolonga­n Kecemasan dan Bantuan Awal Kesihatan Mental anjuran Pfizer Malaysia.

Tambahnya lagi, masalah utama dihadapi adalah kekurangan 3,000 pakar psikiatri bagi menampung

 ??  ?? Ahli keluarga harus mengenali tanda penyakit mental seperti murung, jadi pendiam atau bertindak di luar
kebiasaan
Ahli keluarga harus mengenali tanda penyakit mental seperti murung, jadi pendiam atau bertindak di luar kebiasaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia