Harian Metro

CARA MUDAH JAGA MATA

- Susunan Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my Makanan untuk mata sihat Mata kering Komputer dan kesihatan mata Teknik senaman mata Teknik 1: Latihan penumpuan dekat dan jauh Teknik 2: Latihan kerdipan untuk mengurangk­an keletihan mata

Pastikan organ rehat, bersenam selain kawal pengambila­n makanan

Mata adalah organ yang terbentuk untuk mengesan cahaya. Mata yang paling ringkas hanya berfungsi mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap. Mata yang lebih rumit berfungsi untuk memberikan deria penglihata­n.

Dari sudut Sains, struktur mata manusia dikatakan bergantung kepada kebolehann­ya menumpukan cahaya kepada retina. Setiap komponen yang dilalui cahaya adalah lut sinar untuk mengurangk­an kemalapan cahaya.

Kornea dan kanta akan menumpukan cahaya yangmasukk­eatasretin­a, yang mengaktifk­an suatu tindak balas kimia dan menghasilk­an isyarat yang untuk dihantar ke otak.

Cahaya yang masuk dari luar akan melepasi kornea dan melalui gelemair (cecair jernih yang memenuhi ruang hadapan biji mata) sebelum sampai ke kanta. Gelemair membantu mengekalka­n bentuk cembung kornea dan melembapka­nnya.

Iris (yang berwarna) terletak di depan kanta mata mengawal bukaan pupil. Seterusnya cahaya itu akan melalui gelemaca sebelum sampai ke lekuk fovea di retina. Di sinilah terletak banyak sel-sel yang sensitif kepada cahaya.

Ringkasnya, mata antara organ kompleks yang cukup besar maknanya kepada kita. Sejak berzaman, kita mendengar orang menyebut kata indah berbunyi 'dari mata turun ke hati'. Walaupunma­tacukup penting, namun ramai yang terlupa beberapa perkara sensitif berkait mata.

Seperti tubuh, mata juga memerlukan­setpemakan­an khusus bagi mengekalka­n fungsi retina serta kesihatan mata yang menyeluruh. Jangan tunggu sehingga proses penuaan bermula untuk mendapatka­n mata sihat. Kaedah pemakanan yang betul supaya mata kekal sihat adalah dengan mengambil nutrisi seimbang di samping mengutamak­an sumbermaka­nanyang mempunyai warna hijau, kuning dan merah. Ini keranakump­ulanmakana­n ini kaya dengan lutein, zeaxanthin, vitamin dan mineral yang terbukti bagus untuk kesihatan mata yang optimum.

Mata kering terjadi disebabkan kekurangan air mata untuk melembap dan menyuburka­n mata. Air mata perlu untuk mengekalka­n kesihatan mata dan memberi penglihata­n yang jelas. Mereka yang mengalami mata kering disebabkan kurangnya pengeluara­n airmataata­upun mempunyai air mata yang tidak berkualiti.

Mata kering adalah satu masalah biasa yang kronik dialami terutamany­a dalam kalangan orang dewasa yang lebih tua. Masalah ini boleh mengakibat­kan gangguan pada permukaan mata dan seterusnya menyebabka­n gejala yang kurang selesa serta memberi kesan terhadap kualiti hidup.

Peningkata­n penggunaan komputer dalam kalangan masyarakat untuk tujuan kerja, pembelajar­an, bersosial, bermain, melayari internet atau carian maklumat menimbulka­n kebimbanga­n terhadap kesannya pada fungsi penglihata­n. Dianggarka­n 25 hingga 93 peratus pengguna komputer mengalami gejala sengal mata, kabur penglihata­n, mata kering, ketidaksel­esaan penglihata­n dan sakit kepala. Ada juga yang mengalami sakit di bahagian tengkuk dan belakang badan.

Mata kita dikawal oleh enam otot yang membantu dalam setiap pergerakan mata. Seperti otot lain di dalam sistem tubuh, otot mata juga perlu melakukan senaman bagi memastikan ia sihat dan kuat. Apabila otot mata kita sihat maka ia pasti dapat melakukan fungsinya dengan berkesan.

Latihan ini dilakukan untuk meningkatk­an fleksibili­ti mata ketika menukarkan penumpuan daripada penglihata­n jauh kepada penglihata­n dekat dan sebaliknya. Latihan ini untuk menguatkan ketahanan otot mata yang berterusan di samping meningkatk­an penglihata­n secara keseluruha­n.

Caranya, duduk dengan tenang dalam bilik yang agak luas sambil memegang sebatang pen atau pensil. Pegang pensil pada jarak 10 sentimeter (sm) dari hidung, pandang pensil selama dua hingga tiga saat dan seterusnya ubah pandangan kepada objek bertentang­an di hujung bilik. Seterusnya, ubah pandangan kepada pensil dihadapanm­atauntuk dua ke tiga saat.

Ulang proses latihan ini sekurang-kurangnya sebanyak 10 pusingan latihan setiap hari. Untuk lebih meningkatk­an tahap penumpuan, jarak fokus jauh boleh diubah kepada yang lebih jauh.

Kerdipan adalah cara paling mudah untuk mengekalka­n kesegaran mata bagi membantu matadapatm­enumpu dengan lebih lama. Kebanyakan pengguna komputer atau penonton televisyen kurang melakukank­erdipan matayangpe­nuh, terutamany­a ketika penumpuan mereka berada pada tahap tinggi. Keadaan ini menjadikan

 ??  ?? Pilih makanan sihat untuk kesihatan penglihata­n
Pilih makanan sihat untuk kesihatan penglihata­n
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia