Harian Metro

‘SAYA DISABOTAJ’

 Rizalman nafi ambil dadah di pusat hiburan

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@nstp.com.my

Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar mendakwa beliau disabotaj berhubung insiden penahanann­ya selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi di sini, seperti dilaporkan media kelmarin.

Tanpa menamakan siapa atau pihak mana yang dimaksudka­n dan disyaki, pemimpin UMNO itu berkata, beliau merasakan ia agenda politik pihak yang ingin menjatuhka­nnya.

“Siapa mereka saya tak pasti, tapi cara operasi itu dilakukan sangat spesifik kerana mereka (pihak berkuasa) terus ke bilik saya dan dalam masa yang singkat, saya terus dibawa ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Dang Wangi.

“Mereka (pihak berkuasa) tak pergi mana-mana (bilik karaoke lain) kecuali bilik saya dan sebab saya ditahan dikatakan positif dadah. Saya minum kopi, rakan pun ambil minuman ringan dan tak ada langsung dadah atau minuman keras.

“Sebab itu saya pelik macam mana laporan saringan awal saya positif dadah dan saya syak diperangka­p.

“Kami cuma tahu positif dadah apabila polis buat saringan air kencing, jadi secara peribadi saya pun terkejut,” katanya pada sidang media khas di Pejabat UMNO Bahagian Bandar Tun Razak di sini, semalam.

Media sebelum ini melaporkan, polis menahan Ketua UMNO bahagian di kelab malam di Jalan Imbi.

Pada serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya itu, pemimpin terbabit bersama sekumpulan rakannya didapati positif dadah selepas ujian air kencing.

Mengulas lanjut, Rizalman berkata, beliau tidak pernah terbabit dalam sebarang pengambila­n dadah dan akan menggunaka­n saluran perundanga­n yang ada untuk mempertaha­nkan diri serta membersihk­an namanya, keluarga, UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Dalam politik ini, kita ada macam-macam, ada kawan, musuh dan boleh datang dari pelbagai sudut dan saya sangat yakin diperangka­p walaupun tidak mengetahui siapa mereka.

“Adalah tidak adil terus menghakimi sebelum saya didapati bersalah dan ini proses biasa dilakukan polis,” katanya.

Ditanya apakah insiden itu menjejaska­n namanya menjadi calon parti, beliau berkata, ia terserah kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan­nya dan menerima dengan hati terbuka apa saja keputusan.

“Saya juga menghormat­i pandangan TPM (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dalam hal ini dan saya fikir ia pandangan sangat baik kerana sebagai Timbalan Presiden parti, tentu beliau rasa kecewa.

“Mereka ada ruang untuk membincang­kan perkara ini dan saya bersedia terima apa saja kemungkina­n,” katanya.

Jelasnya, beliau tidak akan meletakkan jawatan kerana belum dituduh dan dikenakan sebarang pertuduhan

“Saya masih berminat kerana sudah kerja 14 tahun dan jangan kerana satu isu kecil sumbangan jasa saya selama 14 tahun secara konsisten (dilupakan),” katanya.

Saya minum kopi, rakan pun ambil minuman

ringan

Rizalman Mokhtar

 ??  ??
 ??  ?? RIZALMAN (tengah) ketika sidang media di Pejabat UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.
RIZALMAN (tengah) ketika sidang media di Pejabat UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia