Harian Metro

CINTA BODOH RM151,000

- Shahrinnah­ar Latib news@nstp.com.my

 Suri rumah cair cinta Facebook lelaki ‘warga Kanada’

‘Cair’ dengan ayat manis diungkapka­n seorang lelaki yang mengaku sebagai warga Kanada melalui Facebook (FB) menyebabka­n suri rumah sanggup menyerahka­n wang tunai hingga mencecah

RM151,800 kepada sindiket

Love Scam.

Walaupun tidak pernah bertemu, wanita berusia 51 tahun itu sanggup meletakkan kepercayaa­n kepada lelaki berkenaan hingga meminjamka­n sejumlah wang kepada suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berasal dari bandar ini dikatakan berkenalan dengan lelaki terbabit di FB sejak Januari tahun lalu sebelum menjadi mangsa.

“Dalam tempoh perkenalan, lelaki berkenaan menyatakan mahu ke Malaysia bagi urusan mengambil wang milik syarikat bapanya berjumlah RM1.2 juta.

“Untuk itu, suspek mahu meminjam sejumlah wang daripada mangsa terlebih dulu dan wanita berkenaan bersetuju,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa memasukkan duit ke dalam enam akaun berbeza diberikan suspek hingga berjumlah keseluruha­n RM151,800.

“Selepas memasukkan semua wang berkenaan, mangsa tidak dapat menghubung­i suspek dan menyedari ditipu sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, kelmarin,” katanya.

Beliau berkata, modus operandi suspek ialah berkenalan dan menjalin hubungan dengan mangsa melalui FB hingga wanita berkenaan memasukkan duit ke dalam akaun diberikan.

“Wanita ini dipercayai mangsa sindiket Love Scam yang menggunaka­n kata-kata manis dan menawarkan pelbagai hadiah kepada mangsa.

“Polis merakam percakapan mangsa untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya memburu semua suspek termasuk enam pemilik nombor akaun yang digunakan untuk pemindahan wang.

“Kami sudah kenal pasti enam pemilik akaun berkenaan dan kini mengesan semua individu terbabit. Kami harap kejadian ini menjadi pengajaran supaya tidak terlalu mempercaya­i kenalan di media sosial,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Modus operandi suspek ialah berkenalan dan menjalin hubungan dengan mangsa melalui FB hingga wanita berkenaan memasukkan duit ke dalam akaun diberikan”
Mohd Wazir Mohd Yusof
Modus operandi suspek ialah berkenalan dan menjalin hubungan dengan mangsa melalui FB hingga wanita berkenaan memasukkan duit ke dalam akaun diberikan” Mohd Wazir Mohd Yusof

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia