Harian Metro

KRIM TIMBANG KILO

“Orang ramai mungkin belum sedar banyak produk kosmetik di pasaran kita dibuat daripada krim murah dan berbahaya yang dibeli secara pukal dari Thailand dan China,” kata Siti Hawa Mohd Nor, 27, yang menghasilk­an video ‘krim timbang kilo’ yang tular di lama

- lapor Norizuan Shamsuddin dan Syazwan Msar

Bahaya penggunaan bahan kimia sebagai ramuan produk kecantikan sudah acap kali diperkatak­an, namun apabila seorang gadis mengulangi peringatan itu dengan caranya yang ‘sempoi’ menggunaka­n loghat utara yang pekat, ia memberi impak amat positif.

Rakaman video Siti Hawa Mohd Nor, 27 mengenai bahaya penggunaan krim timbang kilo itu ditonton 259,000 dan dikongsi 11,777 pengguna Facebook selepas dimuat naik 8

Mac lalu.

Dengan rupa paras menarik dan gaya yang bersahaja, banyak informasi diperoleh netizen daripada video Siti Hawa yang berdurasi dua minit 25 saat itu.

Nyata, Siti Hawa bukan sekadar mencari publisiti murahan dan video dihasilkan itu adalah sumbangann­ya kepada masyarakat sesuai dengan statusnya sebagai ahli farmasi.

“Sebagai ahli farmasi saya terpanggil untuk berkongsi mengenai bahana krim timbang kilo yang mengandung­i bahan terlarang selepas melihat ramai wanita mengalami masalah kulit akibat menggunaka­n produk berkenaan,” kata lulusan Curtin University, Perth, Western Australia.

Dia yang kini bertugas di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh, Pahang tidak menyangka video itu mendapat perhatian ramai sehingga menjadi tular di media sosial.

Siti Hawa berkata, orang ramai mungkin masih belum

menyedari banyak produk kosmetik mengandung­i bahan kimia berbahaya boleh dibeli secara pukal dari luar negara terutama Thailand dan China.

Menurutnya, krim jualan pukal itu kemudian dibotolkan oleh pengusaha sebelum dijual kepada pengguna terutama melalui media sosial dan mendapat sambutan.

“Mungkin mereka tidak tahu mengenai risiko penggunaan krim timbang kilo berkenaan yang mengandung­i bahan terlarang dan membahayak­an kesihatan kerana mengandung­i bahan berbahaya seperti merkuri, tretinoin serta hydroquino­ne,” katanya.

Siti Hawa berkata, apa yang dikongsika­n di dalam video itu mendapat reaksi positif netizen dan banyak laman Facebook yang kongsikan video berkenaan dan ada yang memuat turun untuk dikongsika­n ke aplikasi sosial dan blog.

“Malah, rata-rata pengusaha produk kecantikan turut didapati menggunaka­n video berkenaan untuk kesedaran kepada pengguna di samping mempromosi­kan produk mereka yang tidak mengandung­i merkuri dan sebagainya,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, ada segelintir netizen terutama peniaga produk kecantikan mengecam tindakanny­a.

Mengulas lanjut Siti Hawa berkata, kandungan bahan terlarang di dalam produk terbabit mempunyai kesan terhadap kulit iaitu seawal seminggu penggunaan­nya di mana kulit pengguna akan lebih cerah, mulus, cantik dan bebas jeragat dan jerawat.

“Namun ini hanya kesan sementara. Sekiranya pengguna berhenti menggunaka­n krim terbabit

 Lulusan universiti dari Australia kongsi bahana kosmetik timbang kilo di media sosial

kulit muka akan rosak, kusam, berjerawat dan bernanah.

“Ini yang membuatkan ramai pengguna takut berhenti menggunaka­n walaupun sedar bahawa krim kecantikan itu mengandung­i bahan terlarang,” katanya.

Siti Hawa berkata, kesan jangka panjang bahan terlarang di dalam produk kecantikan terbabit boleh mendedahka­n pengguna kepada pelbagai risiko termasuk kanser kulit.

“Selain itu, ia boleh menyebabka­n kerosakan pada ginjal akibat merkuri yang meresap dalam darah dan berkumpul di ginjal selain menyebabka­n kemurungan dan halusinasi,” katanya.

Jelasnya, pengguna boleh mengesan krim yang digunakan sama ada mengandung­i bahan terlarang atau tidak dengan melihat tekstur produk berkenaan.

“Kebiasaan tekstur krim terbabit adalah likat, berkilat, berwarna-warni dan apabila

terdedah kepada udara ia akan bertukar menjadi hitam.

“Saya nasihatkan orang ramai supaya membuat semakan dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu sebelum menggunaka­n sebarang produk.

“Pengguna tidak boleh menilai sesuatu produk berdasarka­n testimoni semata-mata. Kita faham naluri wanita untuk kelihatan cantik namun biar kecantikan itu tidak menggadaik­an kesihatan kita,” katanya.

 ??  ?? Ahlifarmas­i
dedahrisik­o lambakanko­smetik
murahdipas­aran
Ahlifarmas­i dedahrisik­o lambakanko­smetik murahdipas­aran
 ??  ??
 ??  ?? SITI Hawa
SITI Hawa
 ??  ?? ANTARA kesan kulit muka rosak dan megelupas
selepas menggunaka­n krim timbang kilo.
ANTARA kesan kulit muka rosak dan megelupas selepas menggunaka­n krim timbang kilo.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia