Harian Metro

‘SAYA TAHU DOSA PAHALA’

 Raja Ilya nafi tuduhan netizen konon tipu tawaran berlakon di Hollywood

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

“Saya tidak bodoh untuk mengumumka­n sesuatu yang belum ada pengesahan lagi,” kata pelakon Raja Ilya mengenai kritikan segelintir pihak yang menuduh dia menipu tawaran lakonan dalam filem francais Marvel Studios di Hollywood, Amerika Syarikat (AS).

Pelakon berusia 32 tahun itu menegaskan, dia memang mendapat watak ditawarkan selepas berjaya dalam sesi uji bakat.

“Saya ke Los Angeles untuk menandatan­gi kontrak lakonan serta menghadiri sesi uji bakat untuk filem itu. Segala urusan dibantu agensi berpangkal­an di sana.

“Selepas mendapat watak itu baru saya umumkan. Sudah tentu saya teruja berpeluang berlakon dalam filem terbitan francais besar,” katanya, semalam.

Bagaimanap­un, Ilya berkata, dia menolak tawaran itu selepas mendapati ada babak kurang sesuai yang bercanggah nilai Islam.

“Ketika baca skrip, saya dapati ada bahagian menyentuh sensitivit­i Islam. Sudah pasti saya tak mahu cemar imej agama, negara dan maruah keluarga. Jadi dengan berat hati saya tolak tawaran itu,” katanya.

Menurut Ilya, persiapan bekerja di Amerika Syarikat bukan mudah kerana membabitka­n pelbagai proses.

“Saya menunggu setahun untuk menyiapkan segala dokumen dan keperluan ke sana termasuk mendapatka­n visa khas.

“Pun begitu, sudah ada rezeki lain menanti saya di Amerika Syarikat dan akan kembali ke sana lagi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia