Harian Metro

9 ‘HADIAH’ PENJAWAT AWAM

 PM umum 9 hadiah berkuat kuasa mulai Julai

-

Kira-kira 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara akan menerima satu lagi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) membabitka­n implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion berkuat kuasa 1 Julai ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumka­n berita gembira itu ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmat­an Awam Ke-16 (MAPPA XVI) di hadapan lebih 10,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Pemberian KGT itu antara sembilan berita gembira diumumkan Perdana Menteri, masing-masing untuk penjawat awam dan pesara kerajaan.

Najib berkata, pemberian kenaikan bersamaan satu KGT itu bermakna penjawat awam akan mendapat tambahan satu lagi KGT di samping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi 2018.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga bersetuju memendekka­n tempoh kenaikan pangkat time based iaitu berasaskan kecemerlan­gan kali kedua kepada kakitangan kumpulan pelaksana daripada 13 tahun yang diluluskan baru-baru ini kepada 10 tahun berkuat kuasa 1 Januari 2018.

“Pelaksanaa­n itu membabitka­n implikasi kewangan sebanyak RM34 juta dengan 13,006 pegawai terbabit,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan mewujudkan lapisan kenaikan pangkat Gred DG56 bagi Skim Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan khusus bagi pegawai yang berada lebih lima tahun di Gred DG54.

“Ia sekali gus memberi peluang kenaikan pangkat kepada 323 pegawai dengan implikasi kewangan sebanyak RM7.4 juta berkuat kuasa 1 Januari 2019,” katanya.

Selain itu, Najib berkata, kerajaan juga bersetuju memanjangk­an kemudahan perubatan kepada ibu bapa bagi pegawai lantikan kontrak, sekali gus memberi faedah kepada 42,867 pegawai berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Menurutnya, kerajaan juga bersetuju menyumbang sekurang-kurangnya RM3 juta setahun kepada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS).

Bagi menghargai penjawat awam bukan beragama Islam menunaikan aktiviti keagamaan masing-masing, Najib berkata, kerajaan bersetuju memanjangk­an kemudahan cuti tanpa rekod selama tujuh hari maksimum sepanjang tempoh perkhidmat­an berkuat kuasa 1 Januari 2018 kepada penjawat awam berkenaan.

Sebelum ini, beliau berkata, kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan selama tujuh hari hanya diberikan kepada penjawat awam beragama Islam bagi tujuan menunaikan umrah.

Bagi pesara kerajaan pula, Najib berkata, kerajaan turut mengumumka­n tiga berita gembira kepada lebih 800,000 pesara kerajaan termasuk satu peratus kenaikan kadar pencen secara

one-off mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2018 sebagai tambahan kepada dua peratus yang diterima pesara pada 1 Januari 2018.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju memberi geran khas masing-masing RM1 juta kepada Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia dan Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (KUPEKMAS) bagi menganjurk­an aktiviti persatuan dan kelab.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia