Harian Metro

DARI BELAKANG GOL

-

Rafael Benitez Kelab yang sedang bergelut di La Liga, Real Sociedad mahu menjadikan pengurus Newcastle, Rafael Benitez sebagai pengendali baru mereka.

Gareth Barry Bekas pemain tengah England, Gareth Barry, 37, sudah melepasi jumlah aksi untuk melayakkan­nya untuk terus bermain di West Brom tetapi masa depannya mungkin terjejas akibat insiden luar padang.

Robert Navarro Manchester City sudah membuat bidaan bagi mendapatka­n pemain Barcelona yang berusia 15 tahun, Robert Navarro dengan pendahulu La Liga itu masih belum menawarkan kontrak baru kepada pemain tengah terbabit.

Massimilia­no Allegri Chelsea dijangka melantik pengurus Juventus, Massimilia­no Allegri sebagai pengendali baru Blues musim panas ini tetapi ia hanya diputuskan selepas mereka gagal mendapatka­n bekas jurulatih Barcelona, Luis Enrique.

Berke Ozer Chelsea meningkatk­an usaha untuk membawa masuk penjaga gol Turki, Berke Ozer, 17, yang sedang mewakili kelab divisyen dua negaranya, Altinordu.

Mikel Merino Pemain tengah Newcastle, Mikel Merino, 21, sudah memberitah­u kelabnya bahawa dia mahu menyertai kelab La Liga, Athletic Bilbao

Charlie Austin Bournemout­h, Leicester dan kelab Liga Kejuaraan, Aston Villa sedang memantau penyerang Southampto­n, Charlie Austin, 28, dan bakal membuat bidaan jika Saints tersingkir ke liga bawahan musim depan.

• Eden Hazard Real Madrid sedang inembuat pertimbang­an sama ada mereka benar-benar mahu mendapatka­n penyerang Belgium di Chelsea, Eden Hazard, 27.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia