Harian Metro

MENAKJUBKA­N!

 Ronaldo terharu terima tepukan gemuruh penyokong Juventus

-

Cristiano Ronaldo berterima kasih kepada penyokong Juventus yang bertepuk tangan susulan rembatan gunting menakjubka­n yang dilakukann­ya ketika membantu Real Madrid membenam gergasi Itali itu, awal pagi semalam.

Penyerang berbisa itu turut menambah, dia memang sudah lama berharap dapat melakukan jaringan sehebat itu.

“Jelas orang ramai bercakap mengenai gol kedua saya... ia gol yang menakjubka­n, mungkin yang terbaik sepanjang karier saya,” katanya dalam rakaman video yang dipaparkan di beberapa laman web Sepanyol.

Real memperoleh kemenangan besar 3-0 ke atas Juventus pada aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara di laman lawan.

“Saya pernah menjaringk­an gol bersama pasukan kebangsaan dengan rembatan gunting, di mana ia mengenai palang sebelum masuk, tetapi kali ini lebih baik,” kata penyerang Portugal itu.

“Saya sudah lama ingin menyumbat gol seperti itu, tetapi ia bergantung kepada perlawanan juga. Kadangkala ia tidak berhasil, tetapi kamu perlu sentiasa mencuba. Saya cuba dan menjaringk­an gol.”

Gol Ronaldo itu yang juga jaringan kedua Real berpunca daripada hantaran Dani Carvajal dan ia mendapat tepukan gemuruh penyokong tuan rumah.

“Ini satu masa yang terbaik,” katanya. “Untuk mendapat tepukan di stadium Juventus, tempat di mana ramai pemain hebat bermain, ia adalah masa yang menakjubka­n untuk saya.

“Ia sesuatu yang kekal di hati kamu... Saya mahu berterima kasih kepada semua peminat Itali yang berada di stadium dan bertepuk tangan kepada saya.”

 ??  ?? REAL bawa bekalan selesa menjelang
aksi timbal balik minggu depan.
REAL bawa bekalan selesa menjelang aksi timbal balik minggu depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia