Harian Metro

3 ditahan kebas duit tabung masjid

-

Tiga pelajar sekolah menengah di Seberang Perai Selatan ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes curi duit tabung masjid di Masjid Al Huda, Sungai Kechil Ulu dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian jam

2.30 pagi, ahli jawatankua­sa masjid itu menahan seorang suspek berusia 15 tahun ketika leka mencuri duit tabung masjid terbabit.

Bagaimanap­un dua rakannya, berusia 16 dan 17 tahun melarikan diri ketika bergelut dengan ahli jawatankua­sa masjid.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superinten­dan Baruddin Wariso berkata, ketika kejadian tiga suspek itu dipercayai mencuri duit di dalam tabung masjid berkenaan.

“Selepas suspek pertama ditahan, pihak polis menemui pelbagai peralatan untuk kegiatan jenayah seperti senjata tajam yang diubah suai, pemutar skru, dawai dan pita pelekat.

“Susulan penahanan itu, kira-kira jam 8.30 pagi sepasukan anggota membuat serbuan di sebuah rumah di pekan Bandar Baharu lalu menahan dua suspek yang juga adik beradik,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Baruddin berkata, dua pelajar terbabit akan menduduki peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif methampith­amine dan hasil siasatan mendapati mereka turut terbabit dalam beberapa kes pecah tabung masjid di sekitar daerah ini dan berhampira­n.

Katanya, kegiatan pelajar ini terbongkar apabila wang hasil sumbangan orang ramai dalam tabung berkenaan sudah lapan kali hilang.

 ??  ?? PERALATAN yang dirampas daripada suspek.
PERALATAN yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia