Harian Metro

Anak tiri lemas ditarik ke tengah laut

-

Dungun: “Dia tidak pernah tinggal solat, mengaji sepanjang masa dan tidak pernah bantah teguran saya dan ibu. Dia anak syurga, saya reda Allah mengambiln­ya dalam sekelip mata,” kata Sharibul Islam, 37, selepas jenazah anak tirinya itu ditemui lemas, di Pantai Teluk Bidara Seberang Pintasan, kelmarin.

Jenazah Muhammad Haikal Mohamood Fuzy, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Padang Jambu itu ditemui pasukan mencari dan Penyelamat, kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.

Mangsa bersama empat rakannya, Ahmad Fazli Abd Manan, 35, Zubir Ibrahim, 16, Mohd Fauzi Ibrahim, 22, dan Amirul Syafiq Ruziddin,23, lemas ketika ditarik arus ke tengah laut, kira-kira jam 6.15 petang.

Dalam keadaan kelam-kabut, empat daripada mereka sempat berpaut dan berjaya menyelamat­kan diri selepas berenang ke darat.

Manakala, mangsa yang sebelum itu sempat berpaut pada seorang rakannya terlepas pegangan sebelum mangsa tenggelam ke dasar laut.

Sharibul berkata, dia berkahwin dengan ibu mangsa sejak lima tahun lalu dan menjaga mangsa seperti anaknya sendiri.

“Arwah anak tunggal kami dan sayang dia kerana dia anak yang baik, tidak pernah melawan kata saya dan apa yang membanggak­an saya arwah tidak pernah meninggalk­an solat, ” katanya.

Katanya, ketika kejadian, dia yang bekerja sebagai buruh berada di tempat kerja sebelum dimaklumka­n anaknya lemas dalam kejadian itu.

“Setiap kali hendak keluar rumah dia akan maklum pada saya dan ibunya dan arwah tidak pernah mandi pantai kerana dia tidak pandai berenang. Saya dan ibunya tidak tahu dia bersama rakan mandi di situ dan kejadian itu amat mengejutka­n saya dan isteri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Saifuddin Muhammad berkata, mayat mangsa ditemui sebaik timbul di permukaan air tidak jauh dari tempat dia dilaporkan lemas. Menurutnya, jenazah mangsa kemudian dibawa naik ke darat sebelum diserahkan kepada anggota polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi yang kita sambung pagi ini membabitka­n seramai 60 anggota bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam APM, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia dan penduduk Kampung,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Dungun, Superinten­dan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahka­n penemuan mayat mangsa.

 ??  ?? JENAZAH Muhammad Haikal (gambar kecil) dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.
JENAZAH Muhammad Haikal (gambar kecil) dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia