Harian Metro

Mekanik, pengawal keselamata­n miliki dadah ditahan

-

Nyawa dua lelaki yang bekerja sebagai mekanik dan pengawal keselamata­n mungkin berakhir di tali gantung apabila kedua-dua mereka didapati menyimpan sejumlah ganja dan heroin.

Dua pemuda terbabit ditahan dalam dua tangkapan berasingan di Setapak Indah dan Jalan Semarak di sini, kelmarin.

Kedua-dua suspek berusia 22 tahun dan ditahan susulan maklumat dan risikan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Polis Daerah Wangsa

Maju.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, penahanan mekanik kereta itu dilakukan di hentian bas di Jalan 2/6 Setapak Indah jam 4.10 petang kelmarin.

“Pemeriksaa­n ke atas suspek menemui enam peket aluminium disyaki ganja seberat 211 gram dianggarka­n bernilai

RM1,550 dalam beg kecil miliknya.

“Semakan mendapati suspek yang masih bujang dan berasal dari Taman Idaman di sini dan tiada rekod jenayah lampau,” katanya semalam.

Menurutnya, tangkapan kedua membabitka­n pengawal keselamata­n dilakukan di pondok pos pengawal di Sungai Bonus, Jalan Semarak di sini, jam 1.20 petang.

“Kami menemui 11 peket plastik disyaki mengandung­i heroin seberat 18.62 gram dianggarka­n bernilai RM1,500 disorok dalam kotak rokok dibawa suspek.

“Semakan mendapati suspek yang berasal dari Felda Kemasul, Triang, Pahang mempunyai satu rekod lampau mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengambil dadah,” katanya.

 ??  ?? Mangsa dikatakan mahu membaiki bilik suspek, tetapi anaknya itu marah dan mereka bertengkar. Suspek dipercayai memukul bapanya di luar rumah berhampira­n dapur. Akibatnya, mangsa parah di kepala dan muka”
MANGSA dikejarkan ke HRPZ II untuk rawatan....
Mangsa dikatakan mahu membaiki bilik suspek, tetapi anaknya itu marah dan mereka bertengkar. Suspek dipercayai memukul bapanya di luar rumah berhampira­n dapur. Akibatnya, mangsa parah di kepala dan muka” MANGSA dikejarkan ke HRPZ II untuk rawatan....

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia