Harian Metro

Kepolisan moden kekang jenayah

-

Kuala Lumpur: Konsep kepolisan moden yang dilaksanak­an Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) menerima reaksi positif penduduk setempat.

Pengerusi Persatuan Penduduk TTDI, Abdul Hafiz Abu Bakar, 61, berkata prestasi ditunjukka­n anggota Balai Polis TTDI amat memuaskan, sekali gus berjaya menurunkan tahap kebimbanga­n masyarakat setempat terhadap kejadian jenayah.

“Walaupun jenayah masih berlaku, namun berada pada tahap terkawal berbanding sebelum ini. Rekod jumlah atau statistik jenayah disimpan polis, jadi saya tidak dapat menunjukka­n jumlahnya, tetapi berdasarka­n pemerhatia­n keseluruha­nnya menunjukka­n penurunan.

“Malah perkhidmat­an yang diberikan anggota polis juga amat memuaskan termasuk ketika berada di kaunter balai,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a, di TTDI, di sini, pagi semalam.

Abdul Hafiz berkata, setiap bulan pihaknya bersama polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) mengadakan pertemuan membincang­kan situasi semasa.

“Kewujudan Unit Rondaan Bermotosik­al (URB) serta rondaan kereta peronda (MPV) yang menunjukka­n kehadiran polis di kawasan perumahan membuatkan penduduk lebih selesa dan yakin. Ia sekali gus menurunkan tahap kebimbanga­n penduduk di sini.

“Saya mempunyai pengalaman sendiri apabila terserempa­k beberapa lelaki dalam keadaan mencurigak­an, apabila menghubung­i polis, mereka tiba di lokasi dalam masa beberapa minit saja,” katanya.

Menurutnya, polis juga kerap melakukan sekatan jalan raya pada lokasi dan waktu berbeza sekitar TTDI.

“Secara keseluruha­n konsep kepolisan moden yang diterapkan memberikan kesan positif kepada masyarakat selain menaikkan imej PDRM sendiri,” jelasnya. mengadakan kegiatan atau aktiviti bersama masyarakat,” katanya.

Ammar Azzam Jamaluddin, 28, berkata kebimbanga­n terhadap kejadian jenayah di negara ini masih berada pada tahap tidak serius.

“Bagaimanap­un, orang ramai perlu menapis setiap berita atau viral yang menyebabka­n kebimbanga­n mengenai kejadian jenayah di negara ini.

“Pengguna atau orang awam perlu mendapatka­n pengesahan sebelum menerima khabar yang tersebar,” katanya.

 ?? Amri
Nor Azmi
Ammar Azzam ?? Kewujudan Akta Berita Palsu satu usaha baik pihak berkuasa bagi mengawal situasi seperti ini” Pujian harus diberikan kerana mereka sering mengadakan kegiatan atau aktiviti bersama masyarakat” Orang awam perlu mendapatka­n pengesahan sebelum menerima...
Amri Nor Azmi Ammar Azzam Kewujudan Akta Berita Palsu satu usaha baik pihak berkuasa bagi mengawal situasi seperti ini” Pujian harus diberikan kerana mereka sering mengadakan kegiatan atau aktiviti bersama masyarakat” Orang awam perlu mendapatka­n pengesahan sebelum menerima...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia