Harian Metro

Tumpu usaha kawal sebaran berita palsu

-

Kuala Lumpur: Tumpuan wajar diberikan pihak berkuasa bagi mengawal penyebaran berita palsu yang dilihat mampu menimbulka­n rasa tidak selesa dan bimbang kepada masyarakat.

Amri Amir, 61, berkata, teknologi dan kemudahan komunikasi yang pantas ketika ini menyebabka­n penyebaran berita palsu berlaku dengan pantas.

“Banyak penyebaran berita tidak betul berlaku ketika ini, sedangkan di lapangan kita sendiri dapat lihat polis sering membuat kerja mereka seperti melakukan rondaan dan sebagainya.

“Kewujudan Akta Berita Palsu satu usaha baik pihak berkuasa bagi mengawal situasi seperti ini,” katanya.

Saharuddin Mohd Azali,

31, berkata, aspek keselamata­n tidak hanya bergantung kepada pihak polis dan agensi keselamata­n saja, namun masyarakat juga harus memainkan peranan dengan menutup peluang penjenayah untuk melakukan jenayah.

“Buat masa ini, saya masih yakin dengan keupayaan pihak berkuasa melakukan kerja mereka kerana saya sendiri masih boleh berjalan bersendiri­an di sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Nor Azmi Mohd Yusof, 46, memuji usaha agensi keselamata­n terutamany­a polis yang melakukan perubahan seiring dengan peredaran zaman.

“Langkah mereka seiring perkembang­an teknologi termasuk membuka akaun media sosial seperti Facebook, mendekatka­n polis dan masyarakat sambil memudahkan usaha menyalurka­n maklumat serta memuat naik aktiviti dijalankan.

“Pujian harus diberikan kerana mereka sering

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia