Harian Metro

RASA SELAMAT LEBIH KETARA

- Mohd Azam Shah Yaacob dan Mohd Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur

Lebih selamat dan rasa terjamin. Itu antara persepsi orang ramai terhadap aspek keselamata­n dalam negara pada masa kini.

Keadaan ini boleh dilihat apabila laporan Program Transforma­si Negara (NTP) 2017 menerusi Petunjuk Persepsi Jenayah (PCI) bagi tempoh 2016 hingga 2017 menunjukka­n persepsi rasa takut orang awam sudah menurun hingga 40 peratus.

Ia juga didorong oleh penurunan kadar indeks jenayah antara 2010 hingga 2017 yang mencatatka­n penurunan hingga 53 peratus.

Malah, boleh dikatakan rakyat negara ini mampu menarik nafas lega berikutan keselamata­n diri serta keluarga mereka terutama ketika berada di tempat awam lebih terjamin ekoran usaha kerajaan mewujudkan persekitar­an lebih selamat.

Ahli Majlis Tertinggi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, persepsi rasa takut menunjukka­n penurunan ini bukan saja baik dari aspek keselamata­n serta kesejahter­aan hidup masyarakat di negara ini, sebaliknya mampu memberi keuntungan kepada negara.

Beliau berkata, ia mampu menarik pelabur serta pelancong untuk ke negara

 Rakyat menarik nafas lega ancaman jenayah merosot

ini sekali gus mampu menarik masuk aliran wang asing.

“Apabila pelancong serta pelabur rasa selamat, maka sektor pelanconga­n, perhotelan dan hospitalit­i negara ini berkembang.

“Ia sekali gus menjadikan sektor perniagaan turut berkembang dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini,” katanya.

Lee berkata, persepsi rasa selamat ini penting berikutan ia menjadi kayu pengukur kepada aspek sosio-kehidupan masyarakat.

Katanya, usaha menjadikan negara ini selamat untuk didiami bukan saja terletak pada bahu pihak berkuasa semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama dalam kalangan masyarakat.

“Adalah penting bagi masyarakat untuk menjadi mata serta telinga pihak berkuasa terutama dalam mengawasi kawasan kejiranan mereka bebas jenayah.

“Jika penduduk dapat bersatu padu dan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa, pastinya sesiapa pun takut untuk melakukan jenayah,” katanya.

Dalam usaha memastikan aspek keselamata­n menjadi teras memacu keharmonia­n negara, kerajaan menerusi NTP turut melaksanak­an pelbagai program seperti polis bersama komuniti, Program Penguatkua­saan Komuniti (CEP), pemodenan pasukan polis, selain pengukuhan kawalan keselamata­n di sempadan negara.

Menerusi program polis bersama komuniti, sepanjang 2017, sebanyak 1,687 program sudah dijalankan dan sebanyak 64 kawasan berisiko tinggi kini diletakkan dalam senarai Program Penguatkua­saan Komuniti (CEP).

Bagi memantapka­n lagi usaha meningkatk­an persepsi rasa selamat dalam masyarakat, sepanjang tahun ini juga sebanyak 22 balai polis membabitka­n 11,500 warga PDRM sekitar ibu negara akan terbabit dalam program Kepolisan

Moden.

 ?? Lee Lam Thye ?? Apabila pelancong serta pelabur rasa selamat, maka sektor pelanconga­n, perhotelan dan hospitalit­i negara ini akan berkembang”
Lee Lam Thye Apabila pelancong serta pelabur rasa selamat, maka sektor pelanconga­n, perhotelan dan hospitalit­i negara ini akan berkembang”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia