Harian Metro

Proses ketat keluar lesen produk

-

Kuala Lumpur: Mengambil masa enam bulan untuk mendapatka­n kelulusan sebelum produknya dibenarkan berada di pasaran.

Pengusaha tempatan jenama Orkid Kosmetik Nor Raeesa Syahirah Mohd Nor, 28, berkata, memang tidak mudah mengeluark­an produk kosmetik kerana perlu melalui pelbagai proses ketat dan sejumlah kos.

“Saya tiada kilang, tetapi berkolabor­asi dengan kilang tempatan yang menawarkan khidmat pembuatan produk kosmetik.

“Sebelum memilih kilang itu sebagai rakan niaga, saya akan pastikan kilang itu mempunyai dua perkara penting iaitu mendapat pensijilan halal dan Amalan Pengilanga­n Baik (GMP) untuk menjamin produk dihasilkan bersih dan selamat untuk pengguna,” katanya.

Menurutnya, pemilihan bahan asas untuk kandungan produk juga perlu diberi perhatian untuk menjamin kualiti produk.

“Semua bahan asas saya adalah standard antarabang­sa yang saya import dari Jepun dan negara Eropah dan pastikan setiap kilang pengeluar bahan itu memiliki sijil halal.

“Ini semua untuk menjadikan formulasin­ya setanding produk global kerana jika guna produk timbang kilo kualitinya tidak sama malah pengguna juga akan tahu penipuan itu selepas mereka menerima kesan sampingan daripada penggunaan produk murah itu,” katanya.

Sementara itu, pemilik produk kecantikan Afina Beauty Secret, Yus Afina Mohd Zawizah, 26, berkata, untuk mendapatka­n kelulusan KKM bagi produk yang ingin dikeluarka­n kepada pengguna bukannya sesuatu proses yang mudah kerana perlu melalui banyak proses.

Dia yang sudah lima tahun menceburi bidang produk kecantikan berkata, sebelum pro-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia