Harian Metro

Harga perpisahan

- Nursyahira­h Marzuki

 Tinggalkan keluarga di Sabah berlatih dengan guru taranum

Scews@nstp.com.my emata-mata mahu berlatih dan bertalaqi dengan guru dalam taranum, Mohd Ayub Maidi sanggup berjauhan dengan keluargany­a.

Pengorbana­n dilakukan qari dari Sabah itu sebagai persediaan sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2018 yang bermula sejak Ahad lalu.

Mohd Ayub, 30, mula menyertai tilawah di peringkat negeri Sabah pada 2011 dan tahun lalu namun hanya mendapat sagu hati.

“Alhamdulil­lah, kali ini saya melayakkan diri hingga ke peringkat kebangsaan sudah tentu memerlukan latihan yang cukup bagi memastikan semua berjalan lancar.

“Sudah sebulan saya berada di Semenanjun­g untuk berlatih bersama dengan guru taranum yang mahir dalam bidang taranum,” katanya.

Mohd Ayub adalah antara peserta yang akan memperdeng­arkan bacaan pada malam terakhir MTHQK 2018 sebelum acara kemuncak pada malam esok.

Dia yang berasal dari Kampung Sisipan, Semporna itu berkata, hingga kini, tiada pantang larang yang dilakukann­ya bagi menjaga suara.

“Saya banyak melakukan senaman bagi mengawal pernafasan selain membaca al-Quran selepas solat Subuh sebagai rutin harian,” katanya.

Dalam pada itu, qariah dari Selangor, Nor Ruzana Natiah Jaafar, 35, mengakui akan membuat ujian suara selepas solat Subuh terutama lagu yang memerlukan suara tinggi.

“Setiap hari saya memperuntu­kkan dua jam mengalunka­n ayat suci al-Quran dengan pelbagai lagu kerana kemahiran ini memerlukan kita sentiasa berlatih,” katanya.

Peserta lain yang memperdeng­arkan bacaan adalah Ahmad Basyir Abu Bakar (Negeri Sembilan), Puteri Kalimatul Azzua Hamid (Perak), Muhammad Siddiq Mohd Rosli (Pulau Pinang), Roziah Ayup (Sarawak) dan Khalid Isa (Wilayah Persekutua­n).

Seramai 28 peserta mengambil bahagian dalam tilawah tahun ini iaitu 14 qari dan 14 qariah yang mewakili setiap negeri.

Juara qari dan qariah kategori tilawah, masing-masing membawa pulang hadiah berjumlah wang tunai RM15,000, kereta Proton Ertiga, piala iringan dan tambahan wang tunai RM10,000 menunaikan haji.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Ayub ketika menerima sijil dan hadiah daripada Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada majlis penutupan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sabah, di Kota Kinabalu pada 23 Februari lalu.
MOHD Ayub ketika menerima sijil dan hadiah daripada Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada majlis penutupan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sabah, di Kota Kinabalu pada 23 Februari lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia