Harian Metro

Yana sedih tiga kali gagal IUI

-

Kuala Lumpur: Pelakon Yana Samsudin sanggup mengeluark­an RM20,000 untuk menjalani rawatan kesuburan,

(IUI) dalam usaha mendapatka­n anak kedua.

Yana berkata, dia menjalani rawatan itu sebanyak tiga kali di pusat perubatan di sini, tetapi belum dikurniaka­n rezeki hamil.

“Kali terakhir saya jalani rawatan itu bulan lalu, namun gagal selepas saya datang bulan dan percubaan itu tidak berjaya.

“Saya sedih dan menitiskan air mata kerana saya mahu anak lagi. Bagaimanap­un, belum ada rezeki kami untuk menimang cahaya mata kedua. Sudah pasti Allah ada perancanga­n terbaik untuk setiap hamba-Nya,”katanya.

Menurut Yana, selepas gagal tiga kali, doktor menasihatk­annya berehat seketika sebelum meneruskan rawatan kesuburan lain.

“Buat masa ini, saya sibukkan diri dengan bekerja. Bagaimanap­un saya selalu berdoa dikurniaka­n anak secepat mungkin dan tidak akan putus asa,”katanya.

Sementara itu, Yana turut memaklumka­n kesibukan bekerja menjadi punca rawatan itu tidak berhasil.

“Saya mula jalani rawatan sejak November lalu. Doktor memberitah­u punca kegagalan kaedah itu kerana saya aktif bergerak,”katanya.

Yana yang turut dilantik sebagai juri pertanding­an video pendek, Smart Selangor 2018 mendirikan rumah tangga dengan Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015 dan dikurniaka­n cahaya mata lelaki, Aisy Mateen, 2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia