Harian Metro

Apa motif lagu Fathia?

- Sudirman Mohd Tahir cnews@nstp.com.my

 Penyanyi Di Matamu pelik tindakan pelakon tag nama bekas tunang

Penyanyi popular Sufian Suhaimi tidak tahu apa motif sebenar pelakon Fathia Latiff menyanyika­n lagu Di Matamu (versi balasan) sambil ditujukan kepada Elfira Loy di Twitter.

Bagaimanap­un, tindakan pelakon kontrovers­i itu sedikit pun tidak mengguris hati Sufian.

“Mungkin apa dilakukan Fathia sekadar ingin beritahu kepada orang ramai yang dia buat sesuatu yang baru. Jika itu cara dia berkarya, saya puji.

“Selagi ia tidak menyentuh sensitivit­i, saya tidak kisah. Cuma, saya tidak tahu apa motif dia nama Elfira menerusi perkongsia­n di Twitter. Jadi, tidak adil untuk saya menilai,” katanya.

Sufian yang ditemui pada majlis pelancaran program

(MFPSDC) di Istana Budaya di sini, semalam berkata, dia tidak mahu menjadikan nyanyian semula Fathia itu isu besar.

Versi nyanyian Fathia itu masih mengekalka­n melodi sama, tetapi dia menukar beberapa bahagian lirik sebagai balasan lirik asalnya.

Muzik video yang dimuat naik Fathia di YouTube sejak lima hari lalu mencecah 900,000 jumlah tontonan sejak petang semalam.

Menerusi perkongsia­n Fathia di laman Twitter, Elfira turut membalas dengan bertanya kenapa status itu ditujukan buat dirinya.

Terdahulu, single keempat Sufian itu dikatakan ditujukan kepada Elfira yang juga bekas tunangnya.

Namun, Sufian yang putus tunang dengan Elfira, Februari lalu menafikann­ya dan menggangap ia hanya kebetulan. Elyana berharap filem lakonannya, Dukun menjadi peninggala­n berharga buat peminat sekiranya dia meninggal dunia nanti.

Elyana, 31, atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal yang kini menghidap kanser limfoma tahap empat berkata, apa saja dilakukan dalam kerjaya sekarang dianggap karya terakhir daripadany­a.

“Apabila filem ini ditayangka­n, saya anggap iia karya terakhir dalam bidang lakonan. Lagipun selepas disahkan menghidap kanser, saya buat keputusan berehat daripada berlakon.

“Penayangan filem ini juga

 ??  ?? LAGU balasan Di Matamu yang dinyanyika­n fathia trending di YouTube.
SUFIAN
YANA
LAGU balasan Di Matamu yang dinyanyika­n fathia trending di YouTube. SUFIAN YANA
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia