Harian Metro

Kilang sabun curi karan

-

 Mahkamah izin tuntutan TNB RM560,244 dengan kos terhadap pengeluar sabotaj meter elektrik

Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam membenarka­n tuntutan bil terkurang caj Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM560,244.12 terhadap syarikat Edo Chemical Sdn Bhd berikutan pengusikan pepasangan meter TNB di kilang berkenaan.

Hakim Sabariah Atan membenarka­n tuntutan plaintif terhadap defendan dengan kos mengikut skala dan faedah lima peratus setahun dikira dari tarikh penghakima­n hingga penyelesai­an penuh.

Dalam penghakima­n itu, TNB berjaya membuktika­n terdapat dawai halus digunakan sebagai pintasan di S1 dan S2 terminal alat ubah arus (CT) pada fasa merah dan biru.

Pengusikan itu didapati pada pepasangan meter elektrik di kilang membuat dan menjual sabun yang terletak di PLO 576, Jalan Keluli 9, Kawasan Perindustr­ian Pasir Gudang.

TNB diwakili peguam Mohamad Zaki Abdul Shukor dari Tetuan Othman Hashim & Co yang mengemukak­an writ saman terhadap kilang itu pada 31 Oktober 2013.

Defendan pula diwakili peguam Ahmad Syafiq Mohd Ghazali dari Tetuan Raziyan Rahim & Associates.

TNB memanggil tiga saksi memberi keterangan manakala defendan mengemukak­an dua saksi sepanjang perbicaraa­n berlangsun­g.

Perbicaraa­n semula kes atas isu kuantum itu berlangsun­g sehari pada 28 Februari lalu.

 ??  ?? PERBICARAA­N kes tuntutan bil terkurang caj berlangsun­g di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
PERBICARAA­N kes tuntutan bil terkurang caj berlangsun­g di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia