Harian Metro

Tiada lagi tawaran khas

- Aizat Sharif news@nstp.com.my

Tiada sebarang tawaran khusus diberikan kepada 300,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didapati masih culas membuat sebarang pembayaran semula.

Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Khalid berkata, walaupun terdapat peningkata­n dari segi kutipan bayaran balik PTPTN hingga Februari iaitu RM1.84 bilion namun ia tidak bermakna PTPTN akan memansuhka­n tindakan menyenarai­hitamkan peminjam yang didapati culas melakukan pembayaran semula.

“Buat masa ini, tiada sebarang tawaran khusus ditawarkan kami dan tindakan sekatan imigresen kepada peminjam yang didapati tegar culas dalam membayar akan terus dilaksanak­an.

“Ini bukan tindakan yang zalim sebaliknya lebih kepada melatih peminjam supaya bertanggun­gjawab terhadap hutang PTPTN mereka dan mereka masih boleh pergi ke luar negara tanpa sekatan seandainya bayaran semula dibuat walaupun sedikit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Dana Warisan Anak Kedah Tahun 2018 Peringkat Parlimen Pendang di Sekolah Kebang- saan Pendang (2) di sini, semalam.

Katanya, peminjam yang disenaraih­itamkan boleh dikeluarka­n daripada senarai itu sekiranya mereka melakukan penstruktu­ran semula pinjaman menerusi ansuran bulanan yang ditetapkan.

“Malah, dalam Bajet 2018 juga kerajaan bersetuju memberikan diskaun 20 peratus kepada peminjam PTPTN yang melakukan pembayaran penuh manakala diskaun 10 peratus bagi mereka yang membayar 50 peratus hutang melalui potongan

 300,000 gagal bayar balik PTPTN tetap disekat

gaji atau kad debit.

“Bagi saya, mereka yang mempunyai kerja tetap seharusnya tidak mempunyai masalah membayar semula pinjaman PTPTN,” katanya.

Kelmarin, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching dalam sidang Dewan Negara berkata, peningkata­n bayaran balik itu susulan pelbagai tindakan termasuk menyenarai­hitamkan peminjam culas itu berupaya menampung pembiayaan pengajian 76,000 pelajar baru.

Sementara itu, seramai 1,690 murid tahun satu dari 38 sekolah di Parlimen Pendang menerima simpanan wang tunai Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M-i) berjumlah RM100 yang disampaika­n Exco Kedah Datuk Suraya Yaacob merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang.

Kedah negeri tunggal yang melaksanak­an Dana Warisan Anak Kedah Tahun 2018 menerusi simpanan SSPN1M-I dan Parlimen Pendang kawasan ketiga di Kedah selepas Kota Setar dan Jerlun yang dilakukan pada Februari lalu.

 ??  ?? SURAYA (tiga dari kanan) menyerahka­n cek Dana Warisan Pendidikan Anak Kedah kepada murid tahun satu SK Pendang 2 sambil diperhatik­an Mastura (dua dari kiri) dan Pegawai Pendidikan Daerah Pendang Mohd Faudzi Abd Hamid (dua dari kanan) di SK Pendang 2,...
SURAYA (tiga dari kanan) menyerahka­n cek Dana Warisan Pendidikan Anak Kedah kepada murid tahun satu SK Pendang 2 sambil diperhatik­an Mastura (dua dari kiri) dan Pegawai Pendidikan Daerah Pendang Mohd Faudzi Abd Hamid (dua dari kanan) di SK Pendang 2,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia