Harian Metro

Mohon keampunan Ilahi

- Bersama Datuk Dr Zahazan Mohamed Penulis ialah pendakwah

Saya terfikir untuk melakukan dosa tetapi cepat-cepat beristighf­ar. Saya juga pernah sibuk menyiapkan kerja sehingga terlupa belum solat sehingga terlepas waktu Zuhur.

Kadang-kadang saya tertidur kerana terlalu penat sehingga terlepas waktu solat Isyak. Saya merasakan sangat berdosa dan terbeban.

Shamsul, Kulim

Allah SWT sesekali tidak akan membebanka­n hamba-Nya kecuali sesuai dengan kemampuan. Pembebanan itu suatu perkara yang menyukarka­n.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 286 yang bermaksud: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupa­nnya. Dia mendapat pahala daripada kebajikan yang dikerjakan­nya dan dia mendapat dosa daripada kejahatan yang dikerjakan­nya. Mereka berdoa: ‘Wahai Tuhan kami janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan.

“Ya Tuhan kami janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaiman­a yang Engkau bebankan kepada orang sebelum kami.

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang kafir.”

Dalam ayat itu, jelas terdapat pemberitah­uan Allah tidak membebanka­n hamba-Nya melainkan apa yang mereka mampu.

Kalau diperhatik­an ayat sebelumnya iaitu ayat 284, Allah berfirman yang bermaksud: “Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembuny­ikannya, nescaya Allah akan membuat perhitunga­n dengan kamu perbuatanm­u itu.”

Ketika sahabat mendengar ayat itu, mereka berasa berat dan terbeban kerana segala yang terdetik di dalam hati akan diperhitun­gkan. Namun ayat 286 menjawab, Allah tidak akan membebanka­n melainkan sesuai dengan kemampuan hamba-Nya.

Menurut Imam al-Qurtubi, Allah tidak akan membebani hamba-Nya semenjak ayat itu diturunkan dengan amalan hati atau anggota badan sesuai dengan kemampuan orang berkenaan.

Maksudnya, Allah SWT tidak akan membebanka­n apa-apa yang terlintas dalam perasaan dan tercetus dalam hati.”

Allah SWT memberi keampunan kerana ketidakmam­puan hamba dalam menjalanka­n kewajipan atau tanpa sengaja melakukan perbuatan haram.

Menurut Baqa’iy dalam Nazm al-Durar, kadangkada­ng seseorang itu sengaja melakukan maksiat disebabkan desakan syahwatnya.

Maka Allah mengajar supaya mengucapka­n Wa’fu

anna maksudnya maafkanlah kami.

Kemudian diikuti dengan permohonan untuk mendapat

keampunan dengan mengucapka­n Waghfirlan­a maksudnya ampunilah kami supaya janganlah dosadosa itu ditimbulka­n di akhirat kelak.

Seterusnya, kata al-Harrali, berkemungk­inan dengan dosa itu mengakibat­kan rendahnya martabat di akhirat.

Maka datanglah kesesuaian permohonan supaya mendapat rahmat (warhamna) yang bermaksud rahmatilah kami. Rahmat Allah mengatasi kemurkaan-Nya, tidak akan mengenakan hukuman atas kesalahan dan kelalaian mereka.

Dia menganuger­ahkan syariat yang penuh dengan belas kasihan, rahmat yang tidak membebanka­n mereka hal yang berat dan sukar seperti yang pernah

 Allah tidak bebankan hamba-Nya di luar kemampuan mereka Mukmin yang kuat lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya adalah lebih baik. Tonjolkan terhadap perkaraper­kara yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tidak berdaya”

Hadis riwayat Muslim

dikenakan kepada orang sebelum mereka.

Selain itu, Islam tidak membebanka­n umatnya dengan sesuatu yang di luar batas kemampuan. Allah SWT juga bersifat Maha Memberi Pengampuna­n, rahmat dan menolong mereka atas tindakan orang kafir.

Itu bukan bermakna orang Islam lemah, malas dan tidak berdaya. Orang Islam yang kuat lebih dicintai Allah daripada orang Islam yang lemah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Mukmin yang kuat lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya adalah lebih baik. Tonjolkan terhadap perkara-perkara yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tidak berdaya.” (Hadis riwayat Muslim)

 ??  ?? SENTIASALA­H berdoa kepada Yang Maha Esa semoga dosa kita hamba-Nya diampunkan.
SENTIASALA­H berdoa kepada Yang Maha Esa semoga dosa kita hamba-Nya diampunkan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia