Harian Metro

Berbuat baik kepada jiran tetangga

- Bersama Hilmi Isa Penulis Perunding Psikologi Bahasa dan penulis buku

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu menyekutuk­anNya dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada keduadua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu.” (Surah an-Nisaa’, ayat 36)

Menurut Ali bin Abi Talhah, Mujahid dan Qatadah, maksud jiran tetangga yang dekat dalam surahan-Nisaa’ berkenaan adalah orang yang yang mempunyai hubungan kekeluarga­an dengan kita.

Sedangkan maksud jiran tetangga yang jauh pula bermaksud mereka yang tidak mempunyai hubungan kekeluarga­an dengan kita.

Hari ini, kita hidup dalam masyarakat moden yang mementingk­an diri sendiri. Keluar pagi dan balik petang setiap hari.

Tidak pernah kenal jiran sekeliling kerana mengaggap ia tidak penting bagi diri mereka. Pada prinsip mereka, “Aku tak kacau hidup kau, jangan kacau hidup aku.”

Di kawasan kampung ada yang masih mengekalka­n amalan kejiranan yang baik seperti bertukar-tukar makanan.

Jiran A menghantar makanan ke rumah Jiran B. Jiran B pula membalas dengan masakannya pula.

Makanan adalah salah satu kenikmatan dalam hidup ini. Dengan bertukar-tukar makanan, kita dapat berkongsi kenikmatan dengan jiran.

Ada masa tertentu, kita dikurniaka­n rezeki lebih. Lalu kita berkongsi kegembiraa­n itu bersama jiran. Salah satu cara terbaik adalah memberi makanan yang terbaik kepada mereka.

Diriwayatk­an daripada Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jibril sentiasa berpesan kepadaku supaya berbuat baik kepada jiran tetangga sehingga aku menyangka jiran tetangga itu termasuk ahli waris.” (Riwayat al-Bukhari)

Sebagai manusia, kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Hari ini memang semuanya berjalan baik, tetapi kita tidak tahu apabila musibah menimpa.

Katakan pada satu hari, binatang berbisa memasuki rumah kita, adakah kita akan memanggil saudara-mara yang tinggal ratusan kilometer untuk datang membantu?

Sebaliknya, kita akan pergi meminta bantuan daripada jiran. Sementara masalah selesai, anak isteri kita boleh menumpang di rumah mereka.

Kita perlu ingat, pada satu hari nanti pasti kita ingin mengadakan majlis kenduri yang sudah tentu memerlukan ruang untuk meletakkan khemah.

Menjadi resam orang Melayu mengadakan majlis perkahwina­n menggunaka­n banyak khemah. Di mana kita ingin meletakkan khemah itu jika bukan di halaman jiran?

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah, tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman.” Lalu ditanya, “Siapa wahai Rasulullah?” Jawab Baginda: “Iaitu orang yang tidak memberi ketenteram­an kepada jirannya dengan sebab kejahatan yang dilakukann­ya.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia