Harian Metro

Menanggapi rezeki melimpah ruah

- Mejar (B) Ramli Abdul Rahim Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

Ada ungkapan menarik yang diucapkan bintang Bollywood Rajnikanth: “Sama ada anda memandu BMW atau Maruti, jalan tetap sama, sama ada anda terbang kelas ekonomi atau perniagaan, destinasi anda tidak berubah, sama ada anda memakai Titan atau Rolex, masa tetap sama.”

“Sama ada anda menggunaka­n Samsung atau Apple, orang yang memanggil anda adalah sama, tidak ada yang salah tentang bermimpi dengan kehidupan mewah, apa yang perlu dilihat adalah keperluan itu tidak menjadi ketamakan kerana keperluan selalu dapat dipenuhi, tetapi ketamakan tidak dapat dipenuhi.”

Harta melimpah ruah itu semua adalah pemberian dan rezeki daripada Allah SWT yang sewajarnya disyukuri dan segala bentuk harta dunia persis BMW, Maruti, Rolex, Apple adalah perlambang­an kemewahan materi yang menjadi matlamat dan dikejar manusia untuk memenuhi keinginan dan memiliki itu semua dikira akan memuaskan ego pemilikan manusia.

Pada hakikatnya apa yang dikecap dan digarap manusia adalah pinjaman belaka dan segala yang ada di dunia ini semuanya tidak bersifat kekal kerana itu adalah lumrah alam setiap yang bermula akan berkesudah­an dan setiap yang baru akan menjadi lama dan manusia selamanya tidak akan berasa puas dengan apa yang mereka miliki.

Allah SWT yang memberi rezeki apa yang di langit dan di bumi dan kita boleh perhatikan bagaimana beburung yang meninggalk­an sarang dengan perut kosong di pagi hari dan pulang ke sarang di waktu petang dengan perut kenyang, semuanya itu fitrah dengan rezeki yang Allah SWT janjikan.

Anak bagi orang tuanya adalah buah hati belahan jiwa dan kehadirann­ya sebagai rezeki yang dinanti-nantikan dan dirindukan yang mana orang tua berharap anaknya menjadi anak yang soleh, taat beragama, berbakti kepada orang tua, sihat, baik hati, cerdas, sukses, selamat dan bermanfaat di dunia dan akhirat.

“Sesungguhn­ya salah seorang di antara kalian dikumpulka­n penciptaan­nya di perut ibunya dalam waktu 40 (empat puluh) hari, kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari, kemudian menjadi segumpal daging selama itu juga (40 hari), kemudian diutuslah Malaikat kepadanya dan ditiupkan ruhnya, kemudian diperintah­kan menuliskan empat perkara; rezeki, ajal, amal perbuatan dan nasibnya celaka atau bahagia.” (Perawi : Abdullah bin Mas’ud, kitab: Mu’jam Asy-Syuyukh, jilid 2, hal 764, darjah hadis: Sahih)

Daripada hadis mengenai penciptaan manusia, kita dapat memahami rezeki itu rahsia Allah SWT dan Dia sudah menentukan­nya justeru itu kita tidak tahu apa yang disimpanka­n dan disembunyi­kan untuk kita, maka kita berusaha siang dan malam untuk mencari keperluan di dalam hidup kita.

Mungkin kita memikirkan solat dhuha dan berzikir itu pembuka pintu rezeki dan dulu juga kita beranggapa­n, rezeki itu apabila ada wang, gaji yang besar, banyak tender yang masuk, banyak simpanan di bank, banyak aset seperti kendaraan, tanah, rumah dan semuanya berkisar pada soal harta dan kekayaan dan wang ringgit di dalam tangan.

Selepas mencari dan memahami dengan lebih mendalam apa makna rezeki sebenarnya dalam Islam, ternyata kita tersasar jauh dan apa yang menjadikan kita boleh menjalani hidup dengan lebih bermakna; langkah kaki yang dimudahkan hadir ke majlis ilmu, tidak kira di mana kita berada dan itu satu bentuk rezeki.

Langkah kaki yang dimudahkan solat berjemaah di masjid adalah rezeki, lantas hati yang Allah SWT lapangkan dan kita dijauhkan daripada mempunyai sifat dan sikap iri hati, dengki dan kebencian serta memandang serong dengan kebolehan dan kelebihan orang lain, itu juga adalah rezeki.

Ketika ujian getir datang menimpa sehinga kita seolah-olah kita sudah tidak punya jalan keluar dan hampir berputus asa, tiba-tiba dalam kesusahan dan kepayahan datang kesenangan yang dijanjikan dan semuanya itu berlaku dengan pertolonga­n Allah SWT, maka itu juga satu bentuk rezeki tidak disangka-sangka.

Mempunyai orang tua yang sakit itu rezeki kerana ia menjadi asbab adik beradik berebut-rebut menjaga dan ia ladang amal pembuka pintu syurga apabila kita ikhlas melakukann­ya sesuai saranan Allah SWT dalam al-Quran agar menyantuni kedua-dua orang tua (birul walidain).

Tubuh yang sihat adalah rezeki dan apabila diuji dengan sakit, itu juga bentuk lain daripada rezeki kerana sakit pelebur dosa dan begitu juga suami isteri dan anak-anak yang sihat rezeki ditambah dengan suasana kejiranan yang sihat dan mendapat jiran yang baik juga adalah rezeki.

Lantas kita harus waspada dan merasa cukup dengan apa yang dikurniaka­n Allah SWT sepanjang hidup kita untuk meraih keredaan-Nya di samping menggarap rezeki yang penuh dengan kemudahan dan kebahagiaa­n, lalu kita sebarkan kebaikan justeru: “Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Al-Hadid - 57:20)

Kita juga selalu melakukan amalan menjemput rezeki seperti amalan berupa doa dan sebagainya itu adalah untuk membuka pintu rezeki dengan amalan sunnah seperti solat dhuha, bersedekah, kekal dalam wuduk, berbuat baik kepada ibu bapa, menunaikan hajat orang lain dan pelbagai amalan disukai Allah SWT.

Kadang-kadang Allah SWT memberi rezeki yang tidak disangka-sangka dalam pelbagai bentuk yang tidak semestinya bersifat wang ringgit dan kadang-kadang rezeki yang Allah SWT beri bukan yang kita kehendaki pada sangkaan kita, tetapi itulah ketetapan-Nya dan kita wajib bersyukur dengan nikmat yang diberikan.

Allah SWT tidak akan mensia-siakan pengabdian diri hamba-Nya seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanl­ah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranm­u. Jika tidak melakukann­ya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranm­u.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah RA)

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah SWT dan sabda Nabi SAW: “Barang siapa memperbany­akkan istighfar maka Allah SWT akan menghapusk­an kedukaanny­a, menyelesai­kan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah tidak disangka-sangka.” (Riwayat

Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas RA)

Daripada Anas RA dia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT berfirman: “Wahai anak Adam, sesungguhn­ya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni, Aku tidak peduli (berapapun banyak dan besarnya dosamu). Wahai anak Adam seandainya dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku nescaya akan Aku ampuni engkau.

“Wahai anak Adam sesungguhn­ya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutuk­an Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan.” (Riwayat Tarmizi dan dia berkata: hadisnya hasan sahih).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia