Harian Metro

Rintihan dari Syria

- Omar Osman news@nstp.com.my

Wanita Malaysia berusia 30-an yang dipercayai berjuang bersama militan Daish di Syria meminta bantuan polis dan kerajaan bagi menyelamat­kan dia serta empat anaknya yang ditahan di sebuah pusat tahanan di sana.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bapa kepada wanita itu menghubung­i Bukit Aman dan memaklumka­n dia menerima panggilan telefon daripada anaknya merayu bantuan pulang ke Malaysia.

Katanya, wanita itu yang menghubung­i bapanya lebih seminggu lalu memberitah­u dia dan empat anaknya berada di sebuah kem tahanan manakala suaminya ditawan pasukan militan Kurdishtan.

“Ini pertama kali kita mendapat maklumat mengenai rakyat yang berjuang bersama militan di luar negara dan hanya wanita itu saja yang menghubung­i keluargany­a bagi memohon bantuan.

“Wanita terbabit dan suaminya dikesan ke Syria pada 2015 lalu dan pasangan ini antara 53 rakyat Malaysia yang masih berada di negara bergolak itu.

“Daripada jumlah itu, 24 adalah lelaki, 12 wanita, sembilan kanak-kanak lelaki dan lapan perempuan,” katanya kepada media selepas menghadiri Hari Integriti Institut Perguruan

 Wanita bersama militan Daish minta diselamat

Sultan Abdul Halim (IPSAH) di sini, semalam.

Katanya, susulan itu, Bukit Aman sedang mengumpulk­an maklumat lanjut mengenai wanita terbabit dan akan melihat jika boleh diusahakan untuk membawanya pulang. Bagaimanap­un, Ayob tidak mendedahka­n dari mana asal wanita terbabit dan keluargany­a.

Katanya, sebelum ini, polis juga ada menerima maklumat daripada badan antarabang­sa, Human Right yang membuat pemantauan terhadap kem tahanan di Iraq dan Syria memaklumka­n mereka menemui seorang wanita dipercayai dari Malaysia bersama anaknya ditahan di sebuah kem tahanan Al-Qul dekat Syria.

“Susulan itu, polis berusaha mengumpul pelbagai maklumat bagi mengesahka­n sama ada wanita yang ditemui itu rakyat Malaysia atau Indonesia kerana ada kalanya berlaku kekeliruan status warga negara.

“Berdasarka­n jumlah rakyat Malaysia yang berada di Syria iaitu 53 orang, kita yakin maklumat yang diberi oleh Human Right itu ada betulnya dan tindakan lanjut sedang dilakukan,” katanya.

Ayob berkata, agak sukar mengeluark­an wanita terbabit dan anaknya dari kawasan bergolak di Syria berbanding di Iraq kerana negara terbabit dikuasai pelbagai militan seperti Al Qeda, Daish dan banyak lagi.

Menurutnya, polis juga menerima maklumat lebih ramai rakyat Malaysia yang terbabit dengan militan akan pulang ke negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia