Harian Metro

Minta perkenan bubar Parlimen

- Kadir Dikoh kadiro@nstp.com.my

 PM dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, buat pengumuman khas hari ini

Parlimen dijangka dibubarkan hari ini dan pengumuman mengenainy­a dibuat Datuk Seri Najib Razak dalam sidang media khas di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Perdana Menteri dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini untuk mendapat perkenan baginda bagi pembubaran Parlimen, sebelum memaklumka­nnya kepada jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet yang terakhir pagi ini, di Putrajaya.

Sepatutnya, Kabinet bermesyuar­at Rabu lalu, tetapi ditangguh ke hari ini. Sebaik Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Mengikut amalan semasa, pilihan raya umum biasanya diadakan dalam tempoh 29 hari daripada pembubaran hingga hari mengundi.

Ini bermakna pengundian bagi PRU-14 diadakan dalam minggu pertama Mei. Kira-kira 14.9 juta rakyat layak mengundi pada pilihan raya kali ini.

Sejak beberapa minggu lalu, Najib dan timbalanny­a, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melakukan kunjungan ke seluruh negara selain Sarawak dan Sabah.

Semalam, Najib berada di Sarawak untuk lawatan dua hari sejak kelmarin bagi menghadiri Majlis Pemimpin bersama Rakyat dan pelancaran Jambatan Marudi, Miri, pelancaran penyerahan Empangan Bakun di Stesen Janakuasa Hidroelekt­rik Bakun, Belaga dan tinjauan mesra ke Esplanade Bekenu di Pekan Bekenu sebelum kembali ke ibu negara.

Barisan Nasional (BN) pula melancarka­n manifeston­ya di Axiata Arena Stadium Bukit Jalil malam esok yang dijangka dihadiri lebih 40,000 ahli dan penyokongn­ya dari seluruh negara, yang turut disiarkan secara langsung di televisyen.

Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhk­an persidanga­n sehingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan selepas bersidang sejak 5 Mac lalu.

“Saya ingin mengucapka­n kepada semua Ahli Yang Berhormat selamat pulang, selamat berkempen dan selamat bertanding demi kepentinga­n rakyat semua,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia