Harian Metro

Persiapan ikut jadual

- Fairul Asmaini Mohd Pilus dan Esther Landau cnews@nstp.com.my

 Gelombang biru bakal warnai Axiata Arena Bukit Jalil sempena pelancaran Manifesto BN

Kehangatan gelombang biru bakal mewarnai Axiata Arena Bukit Jalil, esok, sempena pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) yang akan disempurna­kan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, untuk merealisas­i hasrat itu, laluan bermula dari Sungai Besi menghala ke Bukit Jalil akan dihiasi dengan bendera parti berkenaan.

Menurutnya, beliau berpuas hati kerana kelancaran persiapan yang mengikut jadual bagi menjayakan majlis terbabit.

“Persiapan sudah mencapai 98 peratus merangkumi aspek keselamata­n termasuk memasang pengesan logam, penyediaan makanan, pengangkut­an dan sebagainya bagi menyambut kira-kira 40,000 jemputan serta penyokong BN dari seluruh negara.

“Kita akan ‘warnai’ Axiata Arena dengan biru yang juga warna rasmi BN. Semua jemputan juga diminta memakai baju berwarna biru tanda sokongan serta solidariti kepada parti,” katanya selepas meninjau persiapan pelancaran Manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Axiata Arena, semalam.

Mengulas lanjut mengenai persediaan pelancaran manifesto itu, Ab Rauf berkata, pihaknya juga sudah berbincang dengan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk melanjutka­n tempoh operasi perkhidmat­an awam terutama Sistem Transit Aliran Ringan (LRT)

“Prasarana sudah bersetuju melanjutka­n operasi perkhidmat­an awam mereka pada Sabtu ini sehingga jam 1 pagi keesokanny­a.

“Untuk itu, penyokong yang hadir pada majlis pelancaran manifesto itu digalakkan untuk menggunaka­n pengangkut­an awam bagi mengelakka­n kesesakan,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai gimik pelancaran berkenaan, Ab Rauf enggan mendedahka­n secara terperinci, namun memberi bayangan semua negeri bakal tampil dengan ‘WarCry’ masing-masing bagi memeriahka­n lagi acara.

Persiapan majlis pelancaran itu dimulakan dengan mesyuarat teknikal semalam, yang turut dihadiri semua wakil perhubunga­n UMNO negeri selain agensi keselamata­n seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Sukarelawa­n Rakyat Malaysia (RELA).

 ??  ?? AB Rauf (kiri) meninjau persiapan pelancaran Manifesto BN untuk PRU14 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
AB Rauf (kiri) meninjau persiapan pelancaran Manifesto BN untuk PRU14 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia