Harian Metro

Rahsia besar Taman Gembira

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor news@nstp.com.my

 Kedai barang lusuh makmal dadah terbesar

Sebuah kedai menjual dan mengumpul barangan lusuh di Taman Gembira, Brickfield­s di sini, jadi lokasi memproses dadah syabu secara besar-besaran.

Makmal dadah dianggap terbesar di ibu kota itu bagaimanap­un dibongkar pihak polis susulan serbuan dilakukan jam 2 petang, Ahad lalu.

Susulan serbuan itu polis menahan seorang individu dan merampas lebih 77 kilogram (kg) dadah syabu dianggarka­n bernilai RM10.4 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur susulan maklumat dan risikan dilakukan.

Beliau berkata, ketika serbuan dijalankan seorang lelaki berusia 27 tahun berada di lokasi dan ditahan.

“Polis kemudian menemui makmal memproses dadah di bahagian belakang premis berkenaan.

“Pemeriksaa­n di makmal itu menemui pelbagai peralatan memproses dadah jenis syabu antaranya alat penimbang, penapis plastik, balang kaca dan dapur elektrik

“Polis turut menemui syabu yang siap diproses seberat 77 kg. Premis ini adalah premis pemprosesa­n dadah terbesar di Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di IPK Kuala Lumpur di sini, semalam.

Mazlan berkata, polis turut menemui pelbagai bahan kimia digunakan untuk memproses syabu berkenaan.

“Siasatan awal mendapati individu terbabit adalah pakar membuat syabu yang berkualiti tinggi. Polis difahamkan harga syabu yang dihasilkan berbeza berdasarka­n kualiti.

“Syabu berkenaan dijual pada harga RM70,000 sekilogram dan dipercayai untuk pasaran Lembah Klang,” katanya.

Katanya, ujian saringan air kencing terhadap lelaki yang ditahan itu mendapati dia positif syabu.

“Suspek kini ditahan reman sehingga 8 April bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sebelum ini polis Kuala Lumpur turut membongkar kegiatan geng Ah Tee Jinjang yang menjadikan sebuah rumah teres di Taman Bukit Idaman, Batu Caves, Gombak, Selangor, sebagai lokasi memproses syabu.

Suspek dikesan menggunaka­n ruang sulit bawah tanah untuk memasak syabu dianggarka­n bernilai lebih RM1 juta.

 ??  ?? MAZLAN (tengah) menunjukka­n syabu bernilai lebih RM10 juta yang dirampas.
MAZLAN (tengah) menunjukka­n syabu bernilai lebih RM10 juta yang dirampas.
 ??  ?? LALUAN khas tempat simpan dadah yang diserbu.
LALUAN khas tempat simpan dadah yang diserbu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia